10 perkara yang amat penting



Assalamualaikum
macam kat tajuk..aku nak citer 10 perkara yang amat penting bagi seorang isteri lakukan untuk suaminya
dan demi untuk menjaga kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga mereka
cube kite tengok zaman skang nih..
makin banyak 'masjid' yang sudah@akan runtuh
mungkin terdapat beberapa faktor peribadi yang menyebabkan bende2 camni berlaku
bercerai nih halal dalam islam
namun ini adalah perkara yang halal yang dibenci/tidak disukai oleh Allah

kalo tengok paper harini..kite dapat tengok..satu lagi 'masjid' telah runtuh dirempuh taufan yang melanda negeri..
ini satu lagi perkara yang amat dikesali..klik link nih untuk cerita lanjut..(bukan nak mengutuk..cume mengambil pengajaran@iktibar dari segala yang berlaku)
http://www.hmetro.com.my/Thursday/BeritaUtama/20090716063942/Article
kite tak bole buat conclusion..

"owh..laki die ustaz..mesti rumah tangga diorang bahagia..yela..laki die kan baik..ilmu agama pun cukup..tak macam laki aku..khatam Quran pun baru skali..tengok lah..camne rupenye..solat pun tak cukup 5 waktu.."

situasi di atas sering berlaku dalam masyarakat kite..
sebaliknye..kite perlu lihat camne si lelaki@suami meng'handle' rumah tangga mereka..
memang tak dinafikan..ilmu agama yang cukup amatlah diperlukan untuk membentuk sebuah rumah tangga yang sempurna..namun..jika ilmu agama sahaja cukup..tapi tidak diamalkan..tak gune gak kan???
bagi isteri2 yang rase suami mereka 'tak' cukup' dengan ilmu agama..ape salahnye..ajak diorang pergi ke majlis2 ilmu agama..secara tak langsung akan menguatkan lagi kasih sayang antara mereka..

setiap perkara yang baik ada dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi
dan inilah cubaan yang perlu kita hadapi dengan sebaik mungkin demi menguji betapa kukuhnya 'dinding masjid' yang telah kite bina..
jika kite buat bende baek..syaitan sering akan berada bersame2 dengan kite..untuk menghasut kite untuk berhenti melakukan perkara tersebut..
jika kita dapat tempuhi segala rintangan yang datang..terbuktilah..kasih sayang yang dijalinkan antara suami dan isteri amatlah kukuh..

untuk mengharungi segala cabaran, onak dan duri dalam hidup ini..
kite memerlukan care yang efektif..ataupun lebih mudah..tips2@petua2..
tips2 nih aku quote dari satu article yang aku baru bace..and bende nih agak bergune bagi mereka2 diluar sane yang bakal memulakan hidup sebagai suami dan isteri
hayatilah..dan kalo bole cube praktikkan..
insyaAllah..anda sendiri akan dapat hasilnye..
tak salah kalo bende baik kite amalkan dan cube sebarkan kepada mereka2 yang memerlukan..


Dalam wasiat itu, Umamah berkata: “Wahai puteriku, aku ingin memberitahumu 10 perkara sebagai pedoman dan panduanmu dalam melayari alam berumah tangga nanti iaitu jalinkan hubungan dengan suamimu penuh ketaatan, perhatikan tempat menjadi kesenangannya dan jangan sampai dia melihat kepada sesuatu yang buruk atau tercium sesuatu yang busuk. 
Hendaklah kamu sentiasa membanggakannya kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu. Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya nescaya dia akan bersikap lembut terhadapmu. 
Kamu hendaklah menguruskan hal ehwal rumah tangga dengan sempurna dan baik. Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya. Simpankan segala rahsianya dengan baik, jangan kamu sesekali membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.


Jagalah waktu makannya dan waktu beristirahat kerana apabila perut lapar akan membuatkan darah cepat naik. Begitulah juga dengan tidur yang tidak cukup akan menyebabkan keletihan. Andainya suamimu nanti sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihan pula, tetapi kamu hendaklah pandai menyesuaikan keadaan dan bijak mengikut suasana hatinya. 
Kamu hendaklah sentiasa menghiasi dirimu selalu supaya suamimu nanti berasa senang apabila menatap wajahmu. Jadikanlah dirimu sebagai amah kepadanya. Nescaya nanti suami akan menjadi penolong pula pada dirimu. 
Demikianlah 10 petua yang diperturunkan kepada anaknya dan sangat relevan buat kita pada zaman ini, iaitu panduan buat wanita yang akan mendirikan rumah tangga supaya bahtera dilayari bersama suami berada dalam landasan yang betul lagi diredai Allah. 

suda bace???hehehe
even aku belum kawin lagi..tapi aku ade pendapat aku sendiri ..
everyone have a right to have their own opinion right???
so..sume nih bergantung pada individu itu masing2..
buang yang keruh..amek yang jernih..

p/s:maybe quote kat atas tuh mostly berkaitan dengan wanita..hehehe..layan jelaa~~~~


2 coretan ikhlas oleh kamu:

syahiran said...

malam masih muda~~xmo pikiaq pa~

fadhli said...

xmaw pikiaq aku xkesa
aku wat bnde ni suke2 je..wawawa