Bacalah~~~

Assalamualaikum
Salam Ramadhan~~~
sekarang nih nak cerita pasal mase aku tido..eh2..bukan2..
sebenarnya nak cerita lepas aku sahur..cerita nih dua tiga hari yang lepas..
lepas solat subuh ade majlis ilmu..tapi hanya pembacaan buku fadhilat a'mal je..
pagi tuh ade pembacaan satu hadis dalam buku tuh..
just nak share ape yang aku ingat pasal hadis tuh...

********************

Ketika Rasulullah SAW naik ke atas mimbar untk menyampaikan khutbah, apabila baginda melepasi anak tangga yang pertama, baginda berkata amin, begitu juga selepas anak tangga yang kedua dan ketiga. Setelah selesai membaca khutbah dan turun shaja dari mimbar, para sahabat datang untuk berjumpa dengan baginda SAW. Mereka bertanya mengapa baginda berkata amin selpas melepasi setiap anak tangga. Mereka bertanya sedemikian kerana perkara ini adalah perkara baru bagi mereka dan mereka tidak pernah melihat baginda pernah melakukan perkara sebegitu. Lalu baginda menjawab ;

1. Apabila aku melepasi anak tangga yang pertama, binasalah bagi manusia yang mana ketika di bulan Ramadhan dia tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT. Lalu mengaminkannya.

2. Apabila aku melepasi anak tangga yang kedua, binasalah bagi manusia yang mana apabila mendengar namaku dia tidak berselawat ke atas namaku dan aku mengaminkannya.

3. Apabila aku melepasi anak tangga yang terakhir, binasalah bagi manusia apabila terdapat orang tua di samping mereka , tetapi mereka tidak menggunakan peluang tersebut untuk masuk ke syurga. Lalu aku mengaminkannya.

********************

Berdasarkan doa Jibril yang pertama, amat rugi bagi kita jika kita tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT ketika di dalam bulan Ramadhan ini. Dalam suatu hadith, Rasulullah ada mengatakan,

Pada awal bulan, adalah rahmat,
Di pertengahan bulan, adalah keampunan,
Dan di akhir bulan adalah kita dijauhkan daripada api neraka.

Rujuk kepada post yang lepas, syaitan akan memperdaya kita untuk beribadat kepada Allah. Tetapi ibadat kita tidak diterima. Itu amatlah merugikan kita kerana ketika kita berpuasa, kita hanya akan mendapat lapar dan dahaga. Nauzubillah... Kita hendaklah berpuasa dan kita mestilah menjaga segala perilaku dan perbuatan kita seperti bebas daripada melakukan maksiat dan sebagainya. Dan segala ibadah yang dilakukan haruslah bebas daripada segala sifat-sifat yang akan merosakkan amalan kita seperti riak, takabbur dan lain-lain.

Dan merujuk kepada doa yang kedua, apabila kita tersengar seseorang menyebut nama Rasulullah SAW, hendaklah kita menyambut dengan kembali berselawat ke atas baginda SAW. Ini adalah kerana di akhirat kelak, bagindalah yang akan memberi syafa'at kepada kita dan kita amat memerlukannya untuk dipelihara daripada api neraka.

Merujuk kepada doa terakhir oleh Jibril, binasalah bagi mereka apabila terdapat orang tua di samping mereka dan mereka tidak menggunakan peluang tersebut untuk masuk syurga. Contoh bagi pernyataan ini ialah, ibu bapa kita sendiri. Seperti yang kita tahu, syurga terletak di bawah telapak kaki ibu kita. Ini dapat menunjukkan betapa pentingnya orang tua kepada kita. Salah satu lagi bukti betapa pentingnya orang tua kepada kita iaitu Allah telah berfirman dalam Al-Quran, kita sebagai anak dilarang untuk berkata 'ah' kepada ibu bapa kita dan jika kita melakukannya kita akan berdosa.

Dalam Islam kita wajib untuk mentaati ibu bapa kita selagi mana perintah mereka tidak menyuruh kita untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan hukum syara'. Jika kita derhaka kepada ibu bapa kita, Allah tidak akan redha kepada kita malah kita tidak akan dapat mencium bau syurga. Nauzubillah...

********************

Oleh itu, marilah kita bersama-sama memperbaiki diri kita untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik dan berdoalah dan berusahalah untuk tidak menjadi daripada salah satu ataupun sebahagian daripada golongan yang disebut. InsyaAllah. Marilah kita bersama-sama gunakan bulan Ramadhan yang mulia ini sebagai medium perubahan diri kita untuk menjadi lebih baik.











6 coretan ikhlas oleh kamu:

CAHAYA said...

Thanks untuk ingatan ini. ;) Salam Ramadhan.

Annas Alias said...

perigtn yg ringkas, tp sgt2 bermakna. bagus2.

(betul r blog ko dh ringan, hihi)

fadhli said...

to all:

yg mane baek dijadikan teladan..
yg urk dijadikan sempadan..

fadhli said...

annas:

kan aku dah kate..haha
xcaye..hehe

atok said...

indahnya ramadhan,tiada gantinya.
huhu

fadhli said...

atok

gunekanlah bulan ini sebaik2nya..