Bulan Keberkatan



Assalamualaikum
pertama sekali, saya ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini kepada para pembaca sekalian.
Syukur padaNya kerana kita diberi peluang sekali lagi untuk merasai kemanisan dan menikmati segala nikmat di bulan yang barakah ini, Alhamdulillah.

Hmm...1 Ramadhan di CFS IIUM PJ telah aku rasai..solat terawih pertama di bulan Ramadhan telah ku laksanakan di Masjid Kolej Islam Malaya tanpa bertemankan rakan-rakan sebilik, namun segalanya ku tempuhi dengan coolnya..hehe.. Hafizi, Syahmi dan Syabab telah pulang ke kampung halaman masing-masing di petang jumaat itu dan aku ditinggalkan keseorangan di bilik 109 UKC2. Sunyi??? Boleh lah...namun nasib baik diri ini dikurniakan laptop dan menjadi penemanku hingga ke tengah malam semalam. Di kala kebosanan menghadap laptop ini...sempat aku menghantar mesej kepada seseorang bagi menghadiahkan ucapan selamat hari jadi yang
ke-__...

*happy birthday again*

Hari ini...aku telah pulang ke rumah setelah dijemput oleh ayahku. Dan juadah yang dsisediakan untuk berbuka sebentar tadi amatlah mengenyangkan perut ku ini. Alhamdulillah. Selepas itu, aku dan ayahku pergi ke Masjid Nurul Ehsan di Taman Medan, Petaling Jaya Selatan agi menunaikan solat terawih. Di masjid ini hanya menunaikan 8 rakaat sahaja. Uniknya, selepas 4 rakaat, akan diadakan tazkirah pendek yang diberikan oleh penceramah jemputan. Seperti di Masjid Sultan Sulaiman, Klang.

********************

Tajuk tazkirah tersebut saya tidak berapa pasti. Ana asif.
Sebagaimana yang telah kita ketahui, dibulan Ramadhan inilah pahala segala amalan kita dilipat gandakan. Pahala bagi amalan-amalan sunat di gandakan pahalanya sama seperti pahala menunaikan ibadah wajib, dan pahala untuk ibadah wajib pula digandakan menjadi 70x ganda. Perbetulkan sekiranya saya tersilap. Selain pahala amalan di lipat gandakan, semua pintu-pintu syurga akan dibuka dan semua pintu-pintu neraka akan ditutup. Manakala syaitan-syaitan akan dibelenggu oleh Allah. Okey, buat pengetahuan anda, syaitan dan hawa nafsu merupakan kawan baik. Dlam 11 bulan, mereka bekerjasama untuk melalaikan manusia daripada mentaati dan melaksanakan perintah Allah dan kerjasama mereka itu sering membuahkan hasil. Kita boleh lihat hasil kejayaan mereka di kalangan masyarakat kita sendiri. Ada yang tidak menunaikan solat, tidak menutup aurat, tidak menjaga adab pergaulan antara lelaki dan perempuan dan lain-lain.

Dan di satu bulan iaitu di bulan Ramadhan, syaitan akan memanggil semua hawa nafsu di malam terakhir bulan Sya'aban. Syaitan berbuat demikian untuk memberikan amanat@wasiat kepada semua hawa nafsu. Ini adalah kerana syaitan tahu bahawa dia akan dirantai dan dibelenggu tika di bulan Ramadhan dan hanya tinggal hawa nafsu yang masih bebas di luar sana. Syaitan memberi wasiat kepada hawa nafsu bertujuan untuk terus melakukan kerja yang biasa dilakukan oleh mereka ketika di bulan-bulan yang lain. Ini adalah kerana, syaitan telah mengatakan kepada Nabi Muhammad SAW, ketika di bulan Ramadhan, dia akan memastikan semua muslim yang berpuasa hanya akan memperoleh penat dan dahaga. Itu adalah janji syaitan.

Wasiat syaitan kepada semua hawa nafsu ialah :

1. Biarkan mereka(muslim) membaca Al-Quran dan pastikan Al-Quran akan melaknat mereka.

2. Biarkan mereka melakukan amalan-amalan sunat dan pastikan mereka akan tinggalkan segala amalan-amalan wajib. Kita dapat lihat pada hari ini, mereka memang berpuasa tetapi mereka terlupa atau sengaja membuat terlupa untuk menutup aurat.

3. Biarkan mereka bersedekah dan pastikan mereka tidak membayar hutang. Ini kerana syaitan tahu hutang adalah lebih aula@yang patut lebih diberikan keutamaan berbanding sedekah. Selepas kita mati, segala amalan kita akan tertangguh disebabkan hutang-hutang yang tidak berjaya dilangsaikan. Oleh itu, cepat-cepatlah kita membayar segala hutang kita dan jangan menangguhkanya.

4. Biarkan mereka mereka menyambut hari raya tetapi pastikan hari raya mereka dipenuhi dengan segala kemaksiatan. Jika kita lihat situasi pada hari ini, pada hari raya, siaran di tv akan memaparkan konsert-konsert. Adakah anda pernah terfikir, apakah kaitan antara hari raya dan konsert??? Patutnya pada hari raya kita bermaaf-maafan antara satu sama lain bukan menjerit menyanyi sana sini...

Pada Ramadhan ini, saya menasihati diri saya sendiri dan anda semua untuk menjalani ibadah puasa dengan sebaik mungkin. Janganlah kita tertipu dengan segala permainan syaitan dan hawa nafsu kita sendiri. Kerana ini akan mengundang padah dan mensia-siakan(hanya peroleh lapar dan dahaga) amalan puasa kita. Nauzubillah...

disaat iman kian menipis dalam kabus maksiat yang menebal..
aku patah harap dalam tebal dosa yang membelit..
lesu aku melangkah batas hari dengan beban dosa yang membukit..
parah palit dosa kian membengkak..salur dada kian sempit..
aku ingin pulang..jauh dari semua lendir yang semakin kejap membelit..
kalimah itu lama aku lupakan..
kalimah itu pernah aku laungkan..
kalimah itu dulu dilaungkan di telinga ku saat aku masih merah..
kalimah itu kunci syurga..tapi aku cicirkan dalam mengejar dunia..
kelu lidah menuturkannya kembali..
ya ALLAH..betapa aku berdosa..tiada daya aku selain rahmat mu..
aku ingin laungkan kalimah itu biar bergema dalam penjara dosa..
runtuhkan lah tirai besi maksiat ini ya Allah !!..
biar kalimah itu membugar kembali iman yang telah bersalut lumpur noda..
aku ingin berlari menuju kepada mu..membuang beban dosa..
bersama alunan kalimah mentauhidkan mu..
aku bisa gagah depani hari..
walau dulu aku tersungkur di perut dosa..aku tak peduli.
kini aku mahu kembali gagah..biar kalimah itu ralit aku zikirkan..
aku mahu hanyut dalam nikmat mensucikan mu ya Allah..
ya Allah terimalah..

********************

sekadar berkongsi ilmu...sekiranya terdapat sebarang kesilapan...tolonglah tegur sebelum kesalahan dianggap seperti kebenaran. Sama-samalah kita beramal di dalam bulan yang penuh rahmat ini dengan seikhlas mungkin..sesungguhnya bulan Ramadhan inilah bulan pentarbiah bagi setiap muslim. Dan kepada sesiapa yang menghisap rokok, gunakan lah kesempatan yang ada ini untuk menjadi medium untuk kita berhenti merokok. Anggap lah bulan Ramadhan ini ialah Ramdhan yang terakhir buat kita.

Wassalam~~~

11 coretan ikhlas oleh kamu:

Kak Ada said...

salam ziarah

nice post!truskan menulis...(^_^)

fadhli said...

huhu..thanx..
i'll try..insyaAllah

Annas Alias said...

wuwu~ terharu bace. bagus2

(patut r jd biro agama. bagus2)

fadhli said...

part terharu tuh bagus..hehe

tp xyah la kate bab biro tuh..huhu

Fiza said...

same la kita..satu ramadhan dismbt dengan penuh kesunyian sbb rumet sume blk umah..hoho

suka ayat yg terakhir tu..ramadhan terakhir..

izzaty zafirah said...

ouh. biro agama eh ? hehe
semoga berjaya dalam kehidupan dan memperoleh hidayah-Nya.

fadhli said...

fiza:

hayati ok??!hehehe

btol3..sunyi gilaks..huhu
naseb baek satu malam je..hehe

fadhli said...

izzaty zafirah:

hmm..members je..huhu
xde wat pape sgt pun..huhu

amin..

~cik zue~ said...

ko mcm nk tules krgn.. hahaa

papepun. aku suka post ni!
apsal rasa nk nangih..(",)

Slamat Berpose eyh!

oit..bile ko nk blanja aku kat bazar uia tu. ngeh33x

fadhli said...

krgn???
ntah la..huhu

Selamat Berpuasa juge..

blnje ko kt bazar ramdhan????
blnje diri sndri r..haha

Anonymous said...

[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]adobe photoshop cs4 serial number free, [url=http://firgonbares.net/]child educational software[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] cheap software students 2008 oem software
software for academics [url=http://firgonbares.net/]adobe acrobat pro 8 trial serial[/url] cheap server software
[url=http://firgonbares.net/]autocad 2009 and symantec anyivirus[/url] discount software final
[url=http://firgonbares.net/]cheap legal software[/url] Pro 8 Retail Price
software no purchase [url=http://firgonbares.net/]kaspersky internet security 2009 key[/b]