Cinta

Kadang-kadang manusia tersalah menganggap yang cinta dan sayangnya kerana Allah padahal semua itu menyebabkan makhluk Allah lebih diagungkan daripada pencipta makhluk Allah itu sendiri. Mungkin matlamatnya sudah betul dan jelas, tapi jalannya tidak menepati hukum syara’. Jatuh cinta ataupun perasaan sayang itu tidak salah. Perasaan itu adalah anugerah dari Allah…tapi kalau ianya boleh melalaikan, tentu ada perbuatan yang salah…yang Allah tidak redhai.

Sentiasalah berdoa pada Allah agar diberi kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi semua ini. Kalau rasa masih tidak bersedia lagi, jangan berani bercinta. Di usia kita ini perlu di hijab dengan iman dan khasyatillah (takutkan Allah). Allah jadikan cinta sebagai satu ujian…Allah jadikan di antara lelaki dan perempuan ini fitnah yakni ujian atau kejahatan untuk Allah melihat sejauh mana kita bersabar dengannya dan kita kena ingat bahawa Allah itu maha melihat.

Melawan fitrah ini bukannya senang. Tapi ingatlah…benda yang susah inilah satu imtihan atau ujian dari Allah untuk menguji tahap iman kita. Sabarlah dulu pada setiap rangsangan nafsu kita kerana mengikut nafsu membawa kita ke arah yang salah. Perkara yang Allah haramkan ini sekejap saja, Cuma dalam tempoh bersedia belum nak kahwin saja….perkara yang halal dalam Islam lagi luas nanti. Didiklah sikit nafsu agar tidak mengatasi akal. Tahan dulu rasa cinta tu untuk diluahkan pada waktu yang sepatutnya nanti. Tentu kemanisannya lebih terasa dan yang penting di iringi rahmat Allah.

# KUDUSNYA MUJAHADAH MEMELIHARA CINTA DI ATAS LANDASANNYA. #

Muhasabahlah diri…Ingat!!! Ilmu itu adalah cahaya dan cahaya tak kan menembusi hati yang melakukan maksiat. Cinta sesama manusia ini adalah fitrah kerana memang Hawa diciptakan daripada Adam dan kedua-duanya saling memerlukan. Allah jadikan Adam dan Hawa cenderung antara satu sama lain kerana itulah fitrah.

Kita masih belum bergelar suami isteri, jadi tak perlu lagi ada cinta dalam diri. Cinta pada manusia hanya khusus dan istimewa untuk pasangan yang sudah bergelar suami isteri…andainya kita dah saling menyukai dengan seseorang, tahanlah dulu perasaan itu untuk sementara kerana kita masih belum bersedia. Bergantunglah harapan kita sepenuhnya kepada Allah. Luahkan rasa cinta ataupun sayang apabila kita dah bersedia untuk walimah atau bernikah. Barulah banyak pintu syaitan yang tertutup. Sucinya perasaan tersebut kalau dijaga sedemikian rapi kerana tiada unsur kelalaian dari cinta Allah. Inilah sebenarnya cinta Allah. Moga-moga Allah anugerahkan pula seorang lelaki/ perempuan yang turut dicintaiNya. (betul ke apa yang dalam cerita Syirga Cinta? Adakah jodoh dari Tuhan, Jin dan Syaitan? keliru...)

Allah maha bijaksana menentukan yang terbaik untuk kita. Untuk situasi sekarang ini, tidak perlulah nak cakap I love U ke, nak ajak jumpa ke, nak bagi hadiah ke…untuk apa semua tu??? Untuk tukarkan pemikiran kita dari perjuangan kepada khayalan? Untuk gelapkan hati kita? Untuk lalaikan solat kita? Untuk jauhkan diri kita dari Allah kerana asyik ingatkan dia? Na’uzubillah..

NO COUPLE!!!

sudah menjadi trend zaman sekarang remaja bercouple...

Tahanlah dulu rasa cinta tu sebab Islam suruh tahan bukannya lama. Lepas dah kahwin nanti luahkanlah…suka hati korang lah..nak cakap setiap jam even setiap minit pun boleh..haha.. Cinta sesama insan atas nama suami isteri adalah cinta yang halal dan amat Allah redhai. Bukannya cinta khayalan sepasang kekasih, kotor dengan tipu daya syaitan. Cinta lepas kahwin lagi bermakna. Lagipun rumahtangga yang dibina atas dasar cinta yang terpelihara dari murka Allah…insyaAllah akan lebih di berkati.


Ayat-ayat Cinta yang memaparkan kisah cinta islamik

Janganlah kita menghampiri perkara-perkara yang boleh menyebabkan kita mencintai sesama manusia di saat ini. Perasaan itu terlalu mahal harganya bagimu dan tidak boleh dicemari oleh insan lain selain dari insan yang telah dijanjikan Allah buat kita. Jodoh setiap hambaNya telah ditentukan..tinggal tunggu masa je.. Ingatlah! Wanitalah yang menjadi pelemah keimanan lelaki dan kerana wanita ramai lelaki yang menjadi lalai dan tergelincir dari prinsip perjuangan sendiri. Jangan jadi wanita akhir zaman yang seringkali Rasulullah SAW gusarkan yang mana menjadi fitnah kepada lelaki. Tarbiyah diri untuk menjadi wanita yang mampu mengetuk pintu kelalaian lelaki daripada terpesona dengan fitnah wanita. Jadi, dengan menutup ruang perkenalan dengan lelaki ajnabi, insyaAllah serba sedikit akan terlaksanalah amanah kita kepada Allah untuk menjadi wanita akhir zaman yang tidak menyumbang kepada kelalaian lelaki. Moga-moga ianya menjadi boleh mendidik mereka menjadi insan yang lebih matang dalam menilai seseorang.

Setiap pertemuan sudah menjadi perancangan Allah untuk mengaturnya sehingga saling mengenali dan saling menyayangi. Tapi sayang, manusia sering lupa pada Allah. Apabila Allah pertemukan dengan seseorang yang menambat hati kita, kita lupa untuk mensyukuri nikmatNya.. kita terburu-buru cuba memenangi hati si dia biarpun banyak masa terpaksa dibazirkan dan semakin jauh dariNya. Hati di selubungi khayalan dari nama Ar-Rahman. Cinta kerana nafsu sering memperdaya manusia. Tak malukah seseorang yang mengaku cintanya kerana Allah sedangkan jalannya tidak menepati hukum syara’? penuh kelalaian dan khayalan daripada mengingati Allah. Inikah balasan kita pada Allah terhadap pertemuan yang telah dirancang olehNya??? Padahal Dialah pengatur pertemuan melalui apa jua cara.

kanak-kanak pun sudah pandai bercinta

Kalau kita mensyukuri Allah kerana mengenalkan kita dengan dengan insan seistimewa si dia, kita tak patut mengenepikan Allah dalam setiap tindakan kita agar cinta tersebut dikawal oleh syara’. Ini tidak…nak bergurau senda, nak dating, nak dengar suara selalu, nak sms selalu, nak tengok tiap-tiap masa…semua ini nafsu semata-mata!!! Selagi tiada ikatan yang sah, tiada jaminan bahawa si dia itu akan menjadi teman hidup kita. Kalau realiti ini berlaku, bukankah sia-sianya masa yang di peruntukkan untuk merinduinya sedangkan akhirnya orang lain yang menjadi suami atau isteri kita? Jadi kita sepatutnya, agungkanlah Allah kerana telah menemukan kita dengannya dan pasrahkan sepenuh harapan padaNya.

Dalam situasi inilah menguji sejauh mana kita yakin dengan perancangan Allah dan menguji adakah kita masih mempunyai krisis keyakinan pada Allah. Bila datang cinta dari seseorang insan, nilailah cintanya terlebih dahulu kalau benar-benar kerana Allah. Bukan dengan cara nak mendekati dengan kita selalu dan asyik merinduimu…itu memang fitrah yang harus di iringi mjahadah…

Selepas berterus terang yakinlah dengan kebijaksanaan perancangan Allah. Tutuplah segala pintu yang boleh menjauhkan diri kita dengan Allah. Bila benar-benar dah rasa bersedia,boleh laksanakan se,ua tanggungjawab terutamanya bila dah ada ilmu dan pendapatan yang cukup untuk tanggung sebuah keluarga, tak perlu tunggu lama-lama. Kalau sudah jodoh takkan ke mana. Allah maha halus dan teratur perancanganNya.

Oleh itu, jangan terburu-buru memenangi hati seseorang. Akal mesti mengatasi nafsu kerana kesedaran bahawa SELAGI BELUM BERSEDIA BERUMAHTANGGA, SELAGI ITU LANGKAH UNTUK MENCINTAI MANUSIA ADALAH SIA-SIA, PENUH KELALAIAN DAN WARNA-WARNI SYAITAN. Allah lebih mengetahui adakah dia di ciptakan untuk mu. Dengan itu, bermujahadahlah melawan nafsu dan kemahuan kita untuk meluahkan sesuatu kepadanya..


Takutlah rumahtangga yang di bina atas landasan kemurkaan Allah. Ingatlah !!! dalam menyukai seseorang, segala perbuatan yang melalaikan dan menjauhkan hati dari Allah, selagi belum kahwin…ianya adalah HARAM. Tapi yang haram itu sekejap…sebab itu kena sabar dan kuat..

* H A T I K A U S A B A R L A H *


-Antara 2 cinta yang ingin ku miliki: cinta Ilahi dan cinta insani, pasti yang utama ialah cinta Ilahi kerana cinta ini adalah cinta yang kekal dan tidak akan pernah pudar.-

"And in the end, the love you take is equal to the love you make."

- The Beatles


19 coretan ikhlas oleh kamu:

Anonymous said...

salam ziarah dik...

post yg sgt best!!!
huhu...
terkesima jgk diri ini bla disebut wanita tu fitnah....~

takutnye...

apepun..jom sama2 mujahadah!jihad melawan nafsu n teruskan menulis;)

Anonymous said...

td tu kak ada yg komen...kui3;)

fadhli said...

jom!!!hehe..

Baihaqi said...

ada sesiapa yg sedang bercinta sekarang? :p

ada persoalan,
bercinta yg diredai Allah hanya selepas kahwin, kalau sering kali jatuh cinta? boleh ke?

hahaha

mynmeisazm :) said...

hui...afiq ade konflik emosi nih..
sabar fiq sabar..
hehe

CAHAYA said...

Tak semua fikir begini. Susah nak cakap. Sebab Cahaya pun mahu dicinta dan mencinta.

fadhli said...

baihaqi

tiada yg bercinta skang nih..hehe

sering kali jatuh cinta???
gi mana tu bai..
adakah setiap kali ternampak pmpuan cantik..akan jatuh cinta???haha

fadhli said...

azam

mane ade azam oii..
memandai je..haha

fadhli said...

cahaya

setiap manusia ingin dicintai dan mencintai...
boleh! tidak salah...
tapi perlulah berlandaskan jalan yg sebetulnya..

adakah terdapat manusia yg ingin dibenci?

atok said...

aku suka entry ini.
buat sendiri ka? eheh

fadhli said...

hmm..
bole la..y?

Najwa Najihah said...

nk share sket ni...biasanya kalo kita da penah bagi hati ni kt org,time masa relationship yg halal,hati tu kosong.nape??sebab da digunakan sebelum ni(couple la.so,peliharala hati tu,khusus utk yg halal bagi kte.baru terasa indah melayari kehidupan bersama(wah..ayatku...)
cinta Ilahi yg utama..perlu dikejar dan dimiliki dulu.baru indah percintaan dgn sesama hamba.nape?sebab da dpt reda drpdNya.. ^_^

fadhli said...

nice comment...
thanx for sharing a lil it bout that..

~cik zue~ said...

suka post ini.
sbb..
bley kasi remind sket diri~ =)

fadhli said...

hoho..adakah kau???haha
xde2..memaen je..

Anonymous said...

erm,,bagus..entry yg baik...even mujahadah tu payah tp kena usaha ..moga allah permudahkan..

fadhli said...

insyaAllah..

syara said...

eh kau buat sndiri ke?mcm takpercaye kjek.akusuke akusuke heheheh

fadhli said...

yela..aku taw aku sape kn..huhu