Sentiasalah berdoa pada Allah agar diberi kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi semua ini. Kalau rasa masih tidak bersedia lagi, jangan berani bercinta. Di usia kita ini perlu di hijab dengan iman dan khasyatillah (takutkan Allah). Allah jadikan cinta sebagai satu ujian…Allah jadikan di antara lelaki dan perempuan ini fitnah yakni ujian atau kejahatan untuk Allah melihat sejauh mana kita bersabar dengannya dan kita kena ingat bahawa Allah itu maha melihat.
Melawan fitrah ini bukannya senang. Tapi ingatlah…benda yang susah inilah satu imtihan atau ujian dari Allah untuk menguji tahap iman kita. Sabarlah dulu pada setiap rangsangan nafsu kita kerana mengikut nafsu membawa kita ke arah yang salah. Perkara yang Allah haramkan ini sekejap saja, Cuma dalam tempoh bersedia belum nak kahwin saja….perkara yang halal dalam Islam lagi luas nanti. Didiklah sikit nafsu agar tidak mengatasi akal. Tahan dulu rasa cinta tu untuk diluahkan pada waktu yang sepatutnya nanti. Tentu kemanisannya lebih terasa dan yang penting di iringi rahmat Allah.
# KUDUSNYA MUJAHADAH MEMELIHARA CINTA DI ATAS LANDASANNYA. #
Muhasabahlah diri…Ingat!!! Ilmu itu adalah cahaya dan cahaya tak kan menembusi hati yang melakukan maksiat. Cinta sesama manusia ini adalah fitrah kerana memang Hawa diciptakan daripada Adam dan kedua-duanya saling memerlukan. Allah jadikan Adam dan Hawa cenderung antara satu sama lain kerana itulah fitrah.
Kita masih belum bergelar suami isteri, jadi tak perlu lagi ada cinta dalam diri. Cinta pada manusia hanya khusus dan istimewa untuk pasangan yang sudah bergelar suami isteri…andainya kita dah saling menyukai dengan seseorang, tahanlah dulu perasaan itu untuk sementara kerana kita masih belum bersedia. Bergantunglah harapan kita sepenuhnya kepada Allah. Luahkan rasa cinta ataupun sayang apabila kita dah bersedia untuk walimah atau bernikah. Barulah banyak pintu syaitan yang tertutup. Sucinya perasaan tersebut kalau dijaga sedemikian rapi kerana tiada unsur kelalaian dari cinta Allah. Inilah sebenarnya cinta Allah. Moga-moga Allah anugerahkan pula seorang lelaki/ perempuan yang turut dicintaiNya. (betul ke apa yang dalam cerita Syirga Cinta? Adakah jodoh dari Tuhan, Jin dan Syaitan? keliru...)
Allah maha bijaksana menentukan yang terbaik untuk kita. Untuk situasi sekarang ini, tidak perlulah nak cakap I love U ke, nak ajak jumpa ke, nak bagi hadiah ke…untuk apa semua tu??? Untuk tukarkan pemikiran kita dari perjuangan kepada khayalan? Untuk gelapkan hati kita? Untuk lalaikan solat kita? Untuk jauhkan diri kita dari Allah kerana asyik ingatkan dia? Na’uzubillah..
NO COUPLE!!!
Tahanlah dulu rasa cinta tu sebab Islam suruh tahan bukannya lama. Lepas dah kahwin nanti luahkanlah…suka hati korang lah..nak cakap setiap jam even setiap minit pun boleh..haha.. Cinta sesama insan atas nama suami isteri adalah cinta yang halal dan amat Allah redhai. Bukannya cinta khayalan sepasang kekasih, kotor dengan tipu daya syaitan. Cinta lepas kahwin lagi bermakna. Lagipun rumahtangga yang dibina atas dasar cinta yang terpelihara dari murka Allah…insyaAllah akan lebih di berkati.
Kalau kita mensyukuri Allah kerana mengenalkan kita dengan dengan insan seistimewa si dia, kita tak patut mengenepikan Allah dalam setiap tindakan kita agar cinta tersebut dikawal oleh syara’. Ini tidak…nak bergurau senda, nak dating, nak dengar suara selalu, nak sms selalu, nak tengok tiap-tiap masa…semua ini nafsu semata-mata!!! Selagi tiada ikatan yang sah, tiada jaminan bahawa si dia itu akan menjadi teman hidup kita. Kalau realiti ini berlaku, bukankah sia-sianya masa yang di peruntukkan untuk merinduinya sedangkan akhirnya orang lain yang menjadi suami atau isteri kita? Jadi kita sepatutnya, agungkanlah Allah kerana telah menemukan kita dengannya dan pasrahkan sepenuh harapan padaNya.
Dalam situasi inilah menguji sejauh mana kita yakin dengan perancangan Allah dan menguji adakah kita masih mempunyai krisis keyakinan pada Allah. Bila datang cinta dari seseorang insan, nilailah cintanya terlebih dahulu kalau benar-benar kerana Allah. Bukan dengan cara nak mendekati dengan kita selalu dan asyik merinduimu…itu memang fitrah yang harus di iringi mjahadah…
Selepas berterus terang yakinlah dengan kebijaksanaan perancangan Allah. Tutuplah segala pintu yang boleh menjauhkan diri kita dengan Allah. Bila benar-benar dah rasa bersedia,boleh laksanakan se,ua tanggungjawab terutamanya bila dah ada ilmu dan pendapatan yang cukup untuk tanggung sebuah keluarga, tak perlu tunggu lama-lama. Kalau sudah jodoh takkan ke mana. Allah maha halus dan teratur perancanganNya.
* H A T I K A U S A B A R L A H *
-Antara 2 cinta yang ingin ku miliki: cinta Ilahi dan cinta insani, pasti yang utama ialah cinta Ilahi kerana cinta ini adalah cinta yang kekal dan tidak akan pernah pudar.-
"And in the end, the love you take is equal to the love you make."
- The Beatles