Hanya Tinggal Sejarah

Kini cuti semester UIA da nak abes...pejam celik dah nak abes..
rase macam sekejap je..yela..maklumlah..dunia pun dah nak akhir zaman..
masa pun makin cepat..dulu kalau sehari rase macam lame giler..tapi skang..fuuh~~
duduk rumah pun macam menghabiskan beras je..haha
yela..exam dah abes..untuk sem depan pun tak study..enjoy relax memanjang..
buku fizik yang aku bawak balik??hmm..ade la selak sket2..tu pun..urgh~~haha

Sem 1 memang bagi banyak kenangan manis kat aku..
dapat banyak kawan baru..lecturer pun best2..harap2 sem depan dapat lecturer best2..
and harap2 gak kuliah2 next sem tak menensenkan aku..kalau macam sem 1..memang enjoy!!
roomate pun best..first time memang agak kekok..tapi lame2 best..sume satu kepala..sengal2..haha

SYABAB -- hari first daftar da pinjam aku nye laptop nak bukak onemanga..sengal giler..aku dalam hati..pergh mamat nih..haha..die ni tak abes2 kene marah ngan aku..haha..meja asyik sepah je..haha..sori syabab..keh3..subcom fscc yang asyik sibuk memanjang..haishh..study penting syabab!!
SYAHMI-dak sbpi gopeng..muka memang nampak nerd..haha..memang hebat lah dalam bab it nih..cume tak hebat sangat lagi..die nih satu kepala ngan aku..haha..best2..laen kali kite buat lagi pemberita berkepala tiga..haha..n antara yang paling busy dalam bilik aku..study penting syahmi!!
HAFIZI-dak sbpi gopeng gak..haishh..camne lah diorang leh dapat satu bilik..merayu kot nak satu bilik..haha..hafizi ngan syahmi nih memang bespren dari sbpi gopeng..asyik dok musyawarah di tengah2 malam yang mana waktu memang best giler untuk tido..die nih giler online..haha..kalo online skali terus sampai 5pagi..memang salute ah..haha..dua orang nih memang giler ngan nasyid..aku pun dok terpengaruh..haha

hari nih baru keluar result untuk final exam..
memang aku dok menunggu je depan laptop sejak pukul 4 setengah tadi..haha
tak sabar btol..keh3..lepas je pukul 5..straight aku check..haha..3 kali baru boleh..
and the result was....not so bad laa...alhamdulillah..
lega lepas target..huhu..yela..dah la amek 3 subjek je untuk sem 1..
kalo dapat bawah 3.0..segan giler r..

The Result :

Mathematics 1 -- 14.68 --maintain gred..alhamdulillah..
Basic Themes of Al-Quran -- 11.01 -- lecturer baik hati..huhu
English IV -- 9.99 --no komen..tak sampai target..babai ept~~~

aku bagi gred point je..hehe..and aku tak taw ape gune gred point nih...
camne die kire pointer ea???
mane2 senior gombak tuh..taw tak??habaq mai sket..huhu

sem depan agak menakutkan bagi aku..banyak giler core course..duhh~~
physics..chemistry..maths 2..tengok roomate aku yang amek fizik ngan kimia pun macam nak nanges je..haha..time aku lak sem depan..uhuhu..yang tinggal beberapa hari je lagi..
nak balik uia..bosan seyh duk rumah...


Kepada roomate aku..yang mane berjaya tuh..tahniah dan tingkatkan usaha..
jangan nak duk online and maen game je..haha..termasuk aku r tu..keh3
yang mane result yang agak kurang tuh..jangan sedih..jangan putus asa..
gagal sekali tak bermaksud gagal selamanya..
next sem kite study same2 oke??!!hehe
biar sem 2 lak result kite gempak..huhu

tahniah juge kepada 'orang' tuh sebab dapat result yang cukup best..huhu
CONGRATULATIONS!!!




Sebab2 Di Haramkan Bercouple



( Diambil dari kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)

Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan( couple) atau seumpamanya adalah harus. (cambest je untuk di 'try')
Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. Antaranya :

PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA

Sesebuah perhubungan ˜istimewa" antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin.
Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.

KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA

Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber"dating" , ber"shoping" dan
sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat "membonceng".
Tidak kurang juga (tanpa segan silu)
menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap "caring" seperti memanggil darling
kepada pasangannya.
Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya.
Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan.
Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram .
Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram.

KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA

Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan
dipersoalkan.
Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si
perempuan.
Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan
dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan
menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki.
Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut.
Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan.
Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang
wanita.
Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita.
Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan.
Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.

KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR

Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN,
JPA,MARA , yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya.
Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya.
Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control.
Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali dalam seminggu.
Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu.
Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian.
Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian.
Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak.
Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)

KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA

Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak
bermanfaat.

Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah.

Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama.

Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan
diperbicarakan di hadapan Allah.

Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas.
Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi.
Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah.

--- credit to Amirul Fikri for posting this info in his facebook ---

Sharing is caring~~~



Assalamualaikum
just nak share artikel yang aku dah bace kat iluvislam..
korang boleh lah refer kat sini...


Renung-renungkan...dan selamat beramah...haha

Holiday Time



Hell!!!
eh2..sori2..Hello!!!hahaha
it's holiday time dimana perkara2 lagho sedang melanda budak2
UIA n UiTM(yang aku taw bdk asasi la) yang sedang cuti final nih..haha(termasuk aku..aduii)
macam cuti sebelum2 nih..bila cuti..kalau takde keje laen..
laptop lah yang menjadi keje nye..hehe

baru2 nih baru survey bag laptop kat PC World..
jenama HP--rm95..tak taw nak beli ke tak..sebab ade orang kate hujung bulan 12 nih ade PC Fair kat KLCC..korang rase aku patut beli ke tak??huhu
aku nak gune style backpack tuh..aku tak nak gune beg sandang..tak best..tak style..hahaha
and aku plan nak beli external 320gb lagi satu..external lame=160gb da penuh ngan lagu and movies..hehe..320gb=rm220..berbaloi???hurmm....ade orang kate yang jenis buffalo adalah external yang the best...wallahua'lam...

yang nih..macam dalca aka amirul asyraf punye
and lagi satu plan..ingat nak tuka gune P1W1MAX plak lah..celcom broadband macam..ntah..hampeh kot..haha..nak download bukan maen slow giler lagi..
ura2 mengatakan wimax nih laju giler la..stable lah..n pape jela..
who got any experience using this wimax?can u please comment sumthing...huhu



next week budak2 uia yang duk melaka nih plan nak pegi maen bowling kat mitc..
ntah jadi ke tak..aduss...tolong lah jadi..aku bosan lah duduk rumah je..haha
tapi..dah lame tak pegang bola bowling maa...step pun da hilang rasenye..huhuhu

skang nih mood berfacebook sudah makin berleluasa dalam diriku(serta kawan2 ku yg laen)..
bila online je..first mesti bukak facebook..haihh..tak taw la nape skang da addict ke facebook plak..dulu blog..haha..kesian blog nih...di anak tirikan oleh bapanya(aku la)..hahaha

****************************************

sekarang mari kita ke ruang berdiskusi yang lebih 'ilmiah'..hehe(ilmiah ke..ntah la..)
dekat uia..selalu sembang dengan kawan aku kat dalam bilik...bila la nak kawen..haha
time tuh la plan macam2..mengalahkan perempuan..hak3
tapi semalam kalau tak silap...aku ade ajukan satu soalan kat facebook...


ramai gak la yang beri respon walaupun kadang2 pendapat yang melencong jauh dari trek yang disediakan oleh aku..nak buat macam mane..aku yang tukang tanye pun join sekali me'merepek'kan...haha
bole klik kat soalan tuh untuk tengok pendapat serta segala yang merepek...
n one more thing...
i've asked sumone..

"bole tak kalo nak kawen awal?"
"hurmm...kawen tuh bole tak salah...tapi ko da ade duit ke nak sara anak orang tuh?keje pun tak lagi..study pun tak habis lagi...nak tanggung makan minum die lagi..diri sendiri pun tak terjaga..."

apakah reaksi anda apabila soalan anda dijawab sebegini rupa...aku speechless terus..haha..ade betul gak jawapan tuh...tapi...
ntah lah...ade yang pendapat..kawen awal dapat hindarkan kita dari couple..dapat pelihara diri dari buat maksiat la..n sort of it..
tapi atas alasan ape yang kita nak kawen awal????hurmm...
bak kate nabil la kan..."Lu pikiaqlah sendiri!"(loghat utagha sket mai)haha

p/s:ini semua hanya soalan semata2..bukan citer aku nak kawen awal ke ape ea...no offense ok!!

Berita Terkini


Assalamualaikum

skang nih sedang menghitung waktu untuk pulang ke rumah
hahaha...cuti sem selama 3minggu..actually 4 minggu aka sebulan..hehe
aku habes final exam arituh ari isnin..disebabkan subjek untuk semester nih tak banyak
so, agak relax la..huhu
kesian kat kawan2 aku nih yang kene buat banyak paper..haha

ade gak yang balik rumah awal tapi kene balik uia awal jugak..
haha..sudah menjadi tanggungjawab la katekan..(sape terasa..die la..haha)
cuti nih pun..rase cam bosan je..plan dulu time cuti intersem nak study physics..
tapi tengok keadaan skang cam...malas je..haha

next week da ade program..tak taw la jadi ke tak..
budak2 UIA yang duk melaka aka budak2 sultan nk pegi maen bowling kat mitc..
ok gak tuh..aku da lame tak pegang bola bowling..
last time before daftar kat UIA nih..
plus nak menghabiskan movie dalam laptop aku nih..
mane taknye..ade dekat 100gb..maw penuh aku nye hard disk..
kene delete sket2..


menghayati keindahan ciptaan Allah..subhanallah~~~

korang ade cadangan tak ape patut aku buat time cuti nih??
selaen makan dan tido dan online dan lain2..huhu

*************************

jumaat lepas aku pergi muktamar sanawi badar..


tapi setelah dilarang oleh seorang hamba Allah..
maka kami ex kisas tak dapat masuk..kesian ade yang datang dari jauh macam shaheer..
tapi tak dapat masuk..da la esoknye die ade exam..sanggup shaheer datang semata2 muktamar..
then..kitorang pergi rumah ustaz sheikh yang mana ustz sheikh ade kat rumah masa muktamar dijalankan...(paham2 jela)


tengah sembang2 ngan ustz sheikh

yang datang arituh..-abg azrul-che am-haikal mubarak-asri ngisum-muhsin-shaheer-dalca-annas-zaki-amin marwan-aku-abg fahmi(satu batch ngan abg azrul)-izzaz-
tuh jela rasenye..
then lepas raye rumah ustz sheikh kitorg pergi ke aspura..
maka berjumpalah kami dengan junior2..salam bersalaman..
dan berjumpa dengan Wan Mohd Mursyid(Presiden BADAR 09/10)
beliau menceritakan segala yang berlaku ketika muktamar...
ternyata banyak perkara yang berlaku dan tidak pernah berlaku dalam muktamar sepanjang BADAR ditubuhkan..
Namun segala yang diputuskan hendaklah kita(pelajar kisas) ikut..
kita(bekas pelajar) hanya mampu berdoa agar BADAR dapat dipelihara selama-lamanya..aminn

Firman Allah :

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taat lah kamu kepada RasulNya serta pemimpin(pihak berkuasa) di kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu perkara hendaklah kamu kembali kepada Allah(Al-Quran) dan Rasul(Sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Demikian itu, lebih utama(bagimu) dan lebih baik akibatnya." Surah An-Nisa' : 59

Dari Ibnu 'Umar r.a.:

Dari Nabi s.a.w. sabdanya: Diwajibkan ke atas setiap orang Islam untuk dengar dan taat (kepada pihak berkuasa) tidak kira samada dalam perkara yang dia suka ataupun tidak suka, melainkan jika dia disuruh melakukan maksiat. Apabila disuruh melakukan maksiat maka gugurlah kewajipannya untuk dengar dan taat. -Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim-

Merujuk ayat Al-Quran dan hadis tersebut..kita hendaklah mentaati segala perintah pemimpin kita selagi mana ia tidak bertentangan dengan syari'at Allah..jika mereka mengarahkan kita untuk melakukan perkara yang mungkar dan diharamkan oleh agama..maka wajiblah hukumnya untuk kita ingkar terhadap arahannya itu..
sekalipun mereka mengugut untuk membunuh kita..hendaklah kita mempertahankan kesucian agama Islam..

Jadi terimalah segala apa yang berlaku...
then malam tuh..abang azrul dijemput untuk memberi tazkirah dan pesanan untuk pelajar2 tingkatan 4...


abg azrul sedang memberi tazkirah dan pesanan

then pegi makan kat wak kanang ngan dalca n annas..
biasa la..tempat biasa bagi budak kisas..haha
rindu rasenye lame tak pegi..hek3
lepas makan pegi skolah kejap..
pegi jumpa gman kat kelas stam..
kat sane aku jumpe yop(tku n exco tamrin) ngan asroy(exco bhgn tjn)
malam tuh tido kat bilik zuhilman aka gman(exco usrah) kat c303
esoknye baru balik..
tapi before that singgah rumah annas kejap kat shah alam seksyen 23..
pastu pegi uma muhammad plak kat kelana jaya
ade open house..die jemput kawan2 die kat gmi, intec n aku n annas n yahya as kisasian...
pukul 7 petang baru sampai kat uia..
malam tuh memang rase penat giler la badan nih..
then tido awal..
tuh jela aktiviti aku untuk hujung minggu nih...
sebenarnye ade lagi..malas nak citer...haha


moga kita berjumpa lagi di semester depan...

Wassalam~~~


Kasihku Abadi



Kasihku Abadi adalah sebuah lagu nyanyian kumpulan In Team. One of my favourite song.
Though some of 'em said this song was quite jiwang..dun care lorh..it's a good song to layan..huhu
daripada melayan lagu2 merepek2..huhu..Orang tuh sibuk post pasal lagu..nak gak wat pasal post lagu..haha




Lagu : Kasihku Abadi
Artis : In Team

Kamar hatiku, sekian lama
Suram dan sepi, kekosongan
Aku mencari insan sejati
Untuk menemani hidupku

Adam dan Hawa diciptakanNya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati

Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan
Berkekalan berpanjangan

Mengasihimu, dikasihi
Menyayangimu, disayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati

Biar hilang kabus di wajahku
Biar tenang resah di dadaku
Terimalah serta kabulkan harapan ini
Oh Tuhan

Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan
Ditentu Allah yang Esa
Perkenankan hasrat di hatiku

Moga impian kan dirahmati
Dipertemukan serikandi
Susah dan senang sama harungi
Demi cinta yang hakiki
Oh...

Best???