Bacalah~~~

Assalamualaikum
Salam Ramadhan~~~
sekarang nih nak cerita pasal mase aku tido..eh2..bukan2..
sebenarnya nak cerita lepas aku sahur..cerita nih dua tiga hari yang lepas..
lepas solat subuh ade majlis ilmu..tapi hanya pembacaan buku fadhilat a'mal je..
pagi tuh ade pembacaan satu hadis dalam buku tuh..
just nak share ape yang aku ingat pasal hadis tuh...

********************

Ketika Rasulullah SAW naik ke atas mimbar untk menyampaikan khutbah, apabila baginda melepasi anak tangga yang pertama, baginda berkata amin, begitu juga selepas anak tangga yang kedua dan ketiga. Setelah selesai membaca khutbah dan turun shaja dari mimbar, para sahabat datang untuk berjumpa dengan baginda SAW. Mereka bertanya mengapa baginda berkata amin selpas melepasi setiap anak tangga. Mereka bertanya sedemikian kerana perkara ini adalah perkara baru bagi mereka dan mereka tidak pernah melihat baginda pernah melakukan perkara sebegitu. Lalu baginda menjawab ;

1. Apabila aku melepasi anak tangga yang pertama, binasalah bagi manusia yang mana ketika di bulan Ramadhan dia tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT. Lalu mengaminkannya.

2. Apabila aku melepasi anak tangga yang kedua, binasalah bagi manusia yang mana apabila mendengar namaku dia tidak berselawat ke atas namaku dan aku mengaminkannya.

3. Apabila aku melepasi anak tangga yang terakhir, binasalah bagi manusia apabila terdapat orang tua di samping mereka , tetapi mereka tidak menggunakan peluang tersebut untuk masuk ke syurga. Lalu aku mengaminkannya.

********************

Berdasarkan doa Jibril yang pertama, amat rugi bagi kita jika kita tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT ketika di dalam bulan Ramadhan ini. Dalam suatu hadith, Rasulullah ada mengatakan,

Pada awal bulan, adalah rahmat,
Di pertengahan bulan, adalah keampunan,
Dan di akhir bulan adalah kita dijauhkan daripada api neraka.

Rujuk kepada post yang lepas, syaitan akan memperdaya kita untuk beribadat kepada Allah. Tetapi ibadat kita tidak diterima. Itu amatlah merugikan kita kerana ketika kita berpuasa, kita hanya akan mendapat lapar dan dahaga. Nauzubillah... Kita hendaklah berpuasa dan kita mestilah menjaga segala perilaku dan perbuatan kita seperti bebas daripada melakukan maksiat dan sebagainya. Dan segala ibadah yang dilakukan haruslah bebas daripada segala sifat-sifat yang akan merosakkan amalan kita seperti riak, takabbur dan lain-lain.

Dan merujuk kepada doa yang kedua, apabila kita tersengar seseorang menyebut nama Rasulullah SAW, hendaklah kita menyambut dengan kembali berselawat ke atas baginda SAW. Ini adalah kerana di akhirat kelak, bagindalah yang akan memberi syafa'at kepada kita dan kita amat memerlukannya untuk dipelihara daripada api neraka.

Merujuk kepada doa terakhir oleh Jibril, binasalah bagi mereka apabila terdapat orang tua di samping mereka dan mereka tidak menggunakan peluang tersebut untuk masuk syurga. Contoh bagi pernyataan ini ialah, ibu bapa kita sendiri. Seperti yang kita tahu, syurga terletak di bawah telapak kaki ibu kita. Ini dapat menunjukkan betapa pentingnya orang tua kepada kita. Salah satu lagi bukti betapa pentingnya orang tua kepada kita iaitu Allah telah berfirman dalam Al-Quran, kita sebagai anak dilarang untuk berkata 'ah' kepada ibu bapa kita dan jika kita melakukannya kita akan berdosa.

Dalam Islam kita wajib untuk mentaati ibu bapa kita selagi mana perintah mereka tidak menyuruh kita untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan hukum syara'. Jika kita derhaka kepada ibu bapa kita, Allah tidak akan redha kepada kita malah kita tidak akan dapat mencium bau syurga. Nauzubillah...

********************

Oleh itu, marilah kita bersama-sama memperbaiki diri kita untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik dan berdoalah dan berusahalah untuk tidak menjadi daripada salah satu ataupun sebahagian daripada golongan yang disebut. InsyaAllah. Marilah kita bersama-sama gunakan bulan Ramadhan yang mulia ini sebagai medium perubahan diri kita untuk menjadi lebih baik.











Bulan Keberkatan



Assalamualaikum
pertama sekali, saya ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini kepada para pembaca sekalian.
Syukur padaNya kerana kita diberi peluang sekali lagi untuk merasai kemanisan dan menikmati segala nikmat di bulan yang barakah ini, Alhamdulillah.

Hmm...1 Ramadhan di CFS IIUM PJ telah aku rasai..solat terawih pertama di bulan Ramadhan telah ku laksanakan di Masjid Kolej Islam Malaya tanpa bertemankan rakan-rakan sebilik, namun segalanya ku tempuhi dengan coolnya..hehe.. Hafizi, Syahmi dan Syabab telah pulang ke kampung halaman masing-masing di petang jumaat itu dan aku ditinggalkan keseorangan di bilik 109 UKC2. Sunyi??? Boleh lah...namun nasib baik diri ini dikurniakan laptop dan menjadi penemanku hingga ke tengah malam semalam. Di kala kebosanan menghadap laptop ini...sempat aku menghantar mesej kepada seseorang bagi menghadiahkan ucapan selamat hari jadi yang
ke-__...

*happy birthday again*

Hari ini...aku telah pulang ke rumah setelah dijemput oleh ayahku. Dan juadah yang dsisediakan untuk berbuka sebentar tadi amatlah mengenyangkan perut ku ini. Alhamdulillah. Selepas itu, aku dan ayahku pergi ke Masjid Nurul Ehsan di Taman Medan, Petaling Jaya Selatan agi menunaikan solat terawih. Di masjid ini hanya menunaikan 8 rakaat sahaja. Uniknya, selepas 4 rakaat, akan diadakan tazkirah pendek yang diberikan oleh penceramah jemputan. Seperti di Masjid Sultan Sulaiman, Klang.

********************

Tajuk tazkirah tersebut saya tidak berapa pasti. Ana asif.
Sebagaimana yang telah kita ketahui, dibulan Ramadhan inilah pahala segala amalan kita dilipat gandakan. Pahala bagi amalan-amalan sunat di gandakan pahalanya sama seperti pahala menunaikan ibadah wajib, dan pahala untuk ibadah wajib pula digandakan menjadi 70x ganda. Perbetulkan sekiranya saya tersilap. Selain pahala amalan di lipat gandakan, semua pintu-pintu syurga akan dibuka dan semua pintu-pintu neraka akan ditutup. Manakala syaitan-syaitan akan dibelenggu oleh Allah. Okey, buat pengetahuan anda, syaitan dan hawa nafsu merupakan kawan baik. Dlam 11 bulan, mereka bekerjasama untuk melalaikan manusia daripada mentaati dan melaksanakan perintah Allah dan kerjasama mereka itu sering membuahkan hasil. Kita boleh lihat hasil kejayaan mereka di kalangan masyarakat kita sendiri. Ada yang tidak menunaikan solat, tidak menutup aurat, tidak menjaga adab pergaulan antara lelaki dan perempuan dan lain-lain.

Dan di satu bulan iaitu di bulan Ramadhan, syaitan akan memanggil semua hawa nafsu di malam terakhir bulan Sya'aban. Syaitan berbuat demikian untuk memberikan amanat@wasiat kepada semua hawa nafsu. Ini adalah kerana syaitan tahu bahawa dia akan dirantai dan dibelenggu tika di bulan Ramadhan dan hanya tinggal hawa nafsu yang masih bebas di luar sana. Syaitan memberi wasiat kepada hawa nafsu bertujuan untuk terus melakukan kerja yang biasa dilakukan oleh mereka ketika di bulan-bulan yang lain. Ini adalah kerana, syaitan telah mengatakan kepada Nabi Muhammad SAW, ketika di bulan Ramadhan, dia akan memastikan semua muslim yang berpuasa hanya akan memperoleh penat dan dahaga. Itu adalah janji syaitan.

Wasiat syaitan kepada semua hawa nafsu ialah :

1. Biarkan mereka(muslim) membaca Al-Quran dan pastikan Al-Quran akan melaknat mereka.

2. Biarkan mereka melakukan amalan-amalan sunat dan pastikan mereka akan tinggalkan segala amalan-amalan wajib. Kita dapat lihat pada hari ini, mereka memang berpuasa tetapi mereka terlupa atau sengaja membuat terlupa untuk menutup aurat.

3. Biarkan mereka bersedekah dan pastikan mereka tidak membayar hutang. Ini kerana syaitan tahu hutang adalah lebih aula@yang patut lebih diberikan keutamaan berbanding sedekah. Selepas kita mati, segala amalan kita akan tertangguh disebabkan hutang-hutang yang tidak berjaya dilangsaikan. Oleh itu, cepat-cepatlah kita membayar segala hutang kita dan jangan menangguhkanya.

4. Biarkan mereka mereka menyambut hari raya tetapi pastikan hari raya mereka dipenuhi dengan segala kemaksiatan. Jika kita lihat situasi pada hari ini, pada hari raya, siaran di tv akan memaparkan konsert-konsert. Adakah anda pernah terfikir, apakah kaitan antara hari raya dan konsert??? Patutnya pada hari raya kita bermaaf-maafan antara satu sama lain bukan menjerit menyanyi sana sini...

Pada Ramadhan ini, saya menasihati diri saya sendiri dan anda semua untuk menjalani ibadah puasa dengan sebaik mungkin. Janganlah kita tertipu dengan segala permainan syaitan dan hawa nafsu kita sendiri. Kerana ini akan mengundang padah dan mensia-siakan(hanya peroleh lapar dan dahaga) amalan puasa kita. Nauzubillah...

disaat iman kian menipis dalam kabus maksiat yang menebal..
aku patah harap dalam tebal dosa yang membelit..
lesu aku melangkah batas hari dengan beban dosa yang membukit..
parah palit dosa kian membengkak..salur dada kian sempit..
aku ingin pulang..jauh dari semua lendir yang semakin kejap membelit..
kalimah itu lama aku lupakan..
kalimah itu pernah aku laungkan..
kalimah itu dulu dilaungkan di telinga ku saat aku masih merah..
kalimah itu kunci syurga..tapi aku cicirkan dalam mengejar dunia..
kelu lidah menuturkannya kembali..
ya ALLAH..betapa aku berdosa..tiada daya aku selain rahmat mu..
aku ingin laungkan kalimah itu biar bergema dalam penjara dosa..
runtuhkan lah tirai besi maksiat ini ya Allah !!..
biar kalimah itu membugar kembali iman yang telah bersalut lumpur noda..
aku ingin berlari menuju kepada mu..membuang beban dosa..
bersama alunan kalimah mentauhidkan mu..
aku bisa gagah depani hari..
walau dulu aku tersungkur di perut dosa..aku tak peduli.
kini aku mahu kembali gagah..biar kalimah itu ralit aku zikirkan..
aku mahu hanyut dalam nikmat mensucikan mu ya Allah..
ya Allah terimalah..

********************

sekadar berkongsi ilmu...sekiranya terdapat sebarang kesilapan...tolonglah tegur sebelum kesalahan dianggap seperti kebenaran. Sama-samalah kita beramal di dalam bulan yang penuh rahmat ini dengan seikhlas mungkin..sesungguhnya bulan Ramadhan inilah bulan pentarbiah bagi setiap muslim. Dan kepada sesiapa yang menghisap rokok, gunakan lah kesempatan yang ada ini untuk menjadi medium untuk kita berhenti merokok. Anggap lah bulan Ramadhan ini ialah Ramdhan yang terakhir buat kita.

Wassalam~~~

storying...

Assalamualaikum
selamat tengah hari!!!hoho
aku tengah penat nih..yela..baru je lepas kemas bilik..
bilik yang dah tak berkemas sejak kitorang daftar...MySpace..erk!!!
eh2..bukan2..diorang nye bahagian..aku nye bahagian dah berkemas 2 3x daa...hehe
berkire sungguh aku..habuk..ya Allah!!!tak yah citer lah...haha
hari ni aku wat 2 keje dalam satu mase..hehe..lame tak buat camni woo..
mak aku yang ajar dulu..biasakan diri buat keje sambil2..i mean keje yang macam kemas2 la..
jimat mase weyh..haha..aku still ingat!!!thanx mak!!huhuMySpace

so..nak release penat nih..layan internet jap..huhu
last week ade malam introduction to Culture n Arts Clu..
kalo tak..aku taknak pegi..tapi dirayu2..dipujuk2..diminta2 oleh syahmi..
aku pegi je laa...sebenarnye..die suruh aku rakam video masa die wat performance nanti..
die n the gang buat performance untuk percussion selama 6 minit..
agak lame..tapi berbaloi gak la..persembahan yang agak besh..
tak bosan pun..
and pada malam tuh..aku daftar masuk CAC..aku nak masuk biro D'Grafik..
hehehe..maklumlah..aku kan agak kreatif..wakakaMySpace




hurmm..sebenarnye..aku tak join mane2 society lagi..haha
ketinggalan bonar eh..so..aku decide nak masuk CAC..best buat keje yang kene buat otak aku jadi lebih kreatif n kene brainstorm carik idea..agak seronok..hehe
macam kat kisas dulu..best woo.masuk backdrop..
bersama teman2 sejati..annas..wawan..faqir..hafizan..usaid..aliff..shukri shafiee..dll
same2 brainstorm idea..same2 tido lewat..same2 pegi wak kanang beli makanan..same2 gelak mase buat keje..same2 penat..i miss u all..huhuMySpace
gud luck nanti kat oversea yea..sedey2..huhu--emosi sebentar--

kawan2 aku suruh aku masuk pertandingan arabic writing..haha
malas aku..dah la banyak yang aku dah lupe..naseb baek je dapat exempted time apt hari tuh..
semalam course explanation untuk budak2 engineering..
iaitu Discovering of Kulliyyah of Engineering(DISKOE)..best2..lame aku tunggu bende2 camni..
yand datang semalam adalah lecturer2 kat gombak..and wakil from aerospace Engineering ialah Assc. Prof. Dr. Yulfian..est sembang ngan doc nih..aku saje pegi lambat2..coz mesti ramai orang punye..yelaa kan..kat booth tuh aerosapce+automotive..dari 2 jadi ..pack la jadinye..
aku dah la curious giler ngan course aerospace kat uia nih..
so..lepas tanye2 dan diexplainkan oleh doc yulfian..
aku makin bersemangat nak amek aerospace nanti..huhu
doakan aku..InsyaAllah..MySpace
entry requirement die agak tinggi..limit student yang die akan amek untuk kulliyyah nih 30-40 orang je..sket giler..so..die akan pilih 3.0 and above first..huhu..banyak2..
tapi kalau usaha sume boleh kan???and the most interesting is..untuk aerosapce..application for chemistry adalah dalam lingkungan 1%-4% saje..wahaha..aku suke!!!
mostly about physics and maths..aku suke giler ngan maths..MySpace..haha
tengok lah gambar2 yang aku amek..actually pixca2 nih dari powerpoint doc yulfian..
aku copy dari die..huhu


project of the final year students in aero engin



aerospace related to those things..wow!!!amaizing..

semalam gak..baru siapkan header untuk MELEX Club or kelab budak2 law UIA Nilai..
aku tak taw ape panjang die..haha..saje2 tolong alia buat untuk blogsite law society..

alia..aku dah promote..wakaka


smart tak??keh3

aku buat nih gune photoshop..ye2..aku taw..
tak cantek..huhu..baru belaja..takpe2..

habis sudaa ceritera minggu nih..hehe
maw lunch..
wassalam~~~

exam


Assalamualaikum
korang sihat tak??
lame tak post kat blog nih..
takde mood nak citer lorh...huhu
macam2 bende yang berlaku minggu nih..
tapi takde lah banyak sangat(berbelit..haha)
last week baru dapat result penuh untuk exam mid term..
overall???pe korang rase???haha
dengan slalunye aku online kat cfs nih..
cam tak study je kan..

oke..sinopsis result..
ade paper yang aku tak sangke bole dapt _..tapi dapat..fuhh~~~
and english..disebabkan question level 4 yang agak mudah..dapat lah markah yang oke sket..
tapi tak penuh pun..nyesal giler..padahal boleh je dapat penuh..huhu..
fim..wow!!!haha..bro kazz tak tande ikut skema jawapan sangat..haha
thanx a lot bro..tapi agak sket..haha..(dasar manusia tak reti bersyukur btol..huhu)
targeting untuk dapat pointer yang tinggi untuk sem nih..insyaAllah..
kite tengok final camne lak..hehehe
bende dah lepas..tak leh wat pape kan?btol tak?huhu




minggu nih dah 2 meeting aku tak pegi..
both meeting engineus..haha
1stly..clash ngan halaqah..rase cam serba salah gak tak pegi meeting..
tapi mane lebih penting, yang itu aku pegi..huhu
and kawan aku suruh daftar masuk campus buddy..haha
daftar jela..insyaAllah..takde halangan aku wat tugas btol2..huhu
and also..aku baru nk daftar masuk culture and arts club(CAC)..haha
padahal roomate aku sume dah daftar lame giler..huhu
aku suh classmate aku yang letak name..coz die S/U kat biro tuh..
biro ape?? biro D'GRAFIK..
bajet cam power je mende2 it nih..
bukan pe..aku takde persatuan lagi!!!!haha

short post only..
nak siap2 pegi kwlas math..pukul 4 nih..
tapi........................HUJANN!!!!!
camne nih???adoiii..kilat skali lak tuh..huhu..
nak tunggu hujan teduh dulu..haha
wassalam~~~




yeay!!

esok pegi uia gombak
ade talk oleh pak najib anda..haha
pegi sane semata2 tak nak pegi choral speaking competition..haha
bye~~~

Layan saje~~~

Assalamualaikum..
just take a walk..
nak copy??dipersilakan..(tapi ade ke orang nak copy???)
hahaha..skati korang la..huhu





Photobucket


Photobucket

this is quite sencored..i'm sorry..haaha
ini memang brush dalam photoshop..
i'm just using it..not misusing it..hohoho
sorry for any miscellaneous..haha

Photobucket

waarghh!!!


Assalamualaikum

wahahaMySpace

wahahaMySpace

wahahaMySpace

wahahaMySpace

wahahaMySpace

pagi nih aku jadi giler sket..haha
giler bukan disebabkan ditinggalkan aweks..
giler bukan disebabkan dah tak waras..
giler bukan aku memang giler..
tapi giler@tension pasal ujian FIM tadi..huhu
bapak susah giler..eh2..
takde la susah giler sampai tak boleh jawab..
dalam 100% tuh..aku btul2 yakin jawab dalam 40-50% je..
giler ah..nak muntah aku jawabMySpace..(oke2..nih aku
tipu..haha)
untuk jawapan yang laen...aku gunekan ke'kreatif'an aku menjawab soalan..
macam aku buat post nih..haha
tapi goreng tuh mestilah logik..tapi tak yakin lah btul ke tak..
pelik2 je aku jawab..blurr~~~
compared ngan exam mid sem yang laen..
subjek ni lah..aku target tak tinggi sangat..huhu
even budak laen cakap macam PAI..PQS..PSI..tapi aku rase cam laen giler..
ntah la..maybe dalam english kot..hehe
overall..agak kecewa ngan paper nih..huhu..MySpace

esok ade pc fair kat kl convention centre..
aku pun tak taw katner..haha..
yela kan..rakyat ALI RUSTAM yang sejati..hohoho
ikut je la kawan aku esok..sampai tak sampai..
aku balun die..hahaMySpace

sudah!!!
maw release tension..nak layan movies..
maw makan cikedis(tataw eja)..haha
tata~~~
bye2~~~