Flickr Account

Assalamualaikum

Just wanna tell y'all that i'm now less active on blogging. Just love to be a silent reader for right now. Fyi, now i'm focusing on photography. Please do visit my site : My Flickr Account : Kindly visit here and do comment the pictures.

Love Photography!

Setiap yang bermula pasti akan berakhir...


Setiap yang bermula pasti akan berakhir, setiap yang datang pasti akan pergi ,setiap yang dicipta pasti akan musnah, dan setiap yang hidup pasti akan mati. Semua itu pasti. Pasti akan rosak,pasti akan luput.
Tiada pengecualian selagi bergelar makhluk,dan demi Allah tuhan yang Maha Esa, semuanya adalah makhluk dan hanya Dialah yang Pencipta yang Ahad.

Dan di tiuplah sangkakala. Maka matilah siapa yang dilangit dan di bumi ” (az-Zumar [39]: 68)

******************************************************

Minggu exam kembali lagi...mula lah semua orang asyik menghadap buku...dulu masa awal-awal tak nak study plak...tu lah korang ni...suka sangat buat kerja last minit...apela nak jadi...haishh..(kate orang je keje..aku pun same..haha)

Do not procrastinate!!! Or else...

Hari-hari bebas kelas bermula semalam aka 8 Feb. Macam biasalah, bila bebas suka hati lah apa yang kita nak buat. Betul tak? Bangun pagi pun...apa orang kata...orang yang baru start mengandung pun dah boleh bersalin, dah boleh start kerja dah...erkk??

It is revision time!!! Memang suka buat kerja last minit. Hahaha. Time ni lah kelam kabut tak taw nak start study subjek apa dulu. Padan muka diri sendiri. ;(
Tapi first paper adalah esok. That's English. fuhhh~~~(bi je pun...senang macam bahasa arab)
And the following paper is on 18 and 19 Feb. 18 is for Maths 2 and Chemistry 1. 19 is Physics 1. After that..................................tidur selama-lamanya.....eh3...hmm...suka hati lah korang nak tidur sampai bilaaa....hahaha

Sekarang, revision pun sudah dimulakan. MATHS 2. Yang bertimbun pasal trigonometry. Forunately, best!hehehe...(best tuh korang paham macam mane ye?)
Bertimbun dengan segala formulasss. Kenapa lah maths banyak sangat formula? Cuba tengok, kalau nak tidur senang je, letak kepala kira kambing...zzzzZZZZzzzzz
Senang kan??hmmm...kalaulah...

Pengaruh Facebook?? Selalu orang kata..hidup kata pergi kubur kata mari...(betul ke sentence structure quote nih??entahlah..cewahh..sentence structure tuh..haha)
Tapi ni situasi lain plak. Buku kata pergi, facebook kata.."Meh lah...study buku nih. Konfem tak bosan. Daripada ko ngadap buku maths yang menyusahkan lagi memeningkan, baik ko study aku. Gerenti 4 flat!" Nak berjaya ke nak gagal? Study facebook dah gerenti dapat 4flat. Study maths...ke hospital???(tipu-tipuan semata-mata...haha)

Lepas exam, ade program baktisiswa di Terengganu.

Wahai penyu-penyu sekalian, nantikanlah kedatangan hamba ke daerah anda!!!

Program nih under UIA.Ala-ala macam program anak angkat gituu. Best ke tak? Tunggu la habis dulu...pe daaa....
Nak kata cuti-cuti lepas exam, tak gak. Sebab nanti ade macam program yang di buat di sana. "Macam-macam ada,"kata Tok Wan. Macam Astro lah senang cakap. Hehehe. Pasti tak bosan.


Sekarang tengah hujan. So kalau nak tidur tuh memang lah sedap. Tapi mengenangkan dah nak maghrib, tak kesampaian hajatku untuk bermimpi indah. Huhuhu. Kesian bagi mereka yang pergi pasar malam. Hahaha.
Malam nih mari kita belajar Bahasa Inggeris ye kawan-kawan!

A for ayam. B for bola. C for cacing. Eh...cikgu2...(*.*)

******************************************************

Till then, wish me luck lah ye for this final exam.:)
Doakan aku dan rakan-rakan seperjuangan ku yang berjuang di medan 'peperangan'. Bakal menghadapi soalan-soalan yang mencabar.

"Hei kau soalan, bajet ko susah sangat ke? Tengok lah! Kame...kame...haaaa....(dush3)"



Tuuutttt...siaran dicensoredkan disebabkan terdapat aksi ganas 81PL. Minta maaf bagi segala kesulitan. Apelaa aku merepek nih...haishh...penangan exam punye pasal la nih...mung ni lah...den tabuh satgi..........

Wassalam~~~

*cuti-cuti~~~~~

Migration

Assalamualaikum

Just turn to a new atmosphere...
simpler than the old one...
change from 3 column to 2 column...
less gadget(and post too..:p)
how is it?hehe...

final exam just around the coner...but still i can have time to facebooking and blogging...
haishh...im not finished study yet...but planning tomorrow gonna revise all the chemistry topics back...
wish me luck!
and i just received my carry mark for english subject...got 41.03 over 60...seem pretty to get an a..
just aiming for b+...insyaAllah...

also...tomorrow gonna cancel my plan to go to InTeam office...due to several reasons...
and this sunday...Alkis Dinner will be held at AMF Hall...ive to help there...duhh~~~

Bye!!!

Sekilas bersama...

Assalamualaikum

Dekat sebulan aku tak update blog. Nak kata bersawang, takde pun. Semenjak dua menjak, semngat untuk berblogging pun macam dah makin surut. Sekarang aku lebih suka baca post blog-blog yang aku follow. Dan masuk semester kedua makin sibuk lah plak. Hujung bulan Januari bermulalah final exam bagi students foundasi IIUM. Aku pun tak ready lagi. Mana taknya, asyik sibuk online Facebook je. Haishh, buku pun entah ke mana. Dan masa aku study dalam semester kedua ni, lagi teruk rasanya compared dengan semester 1.

"Ya Allah, kau kuatkanlah semangat aku untuk menuntut ilmu. Kau terangilah hati aku supaya aku lebih mudah untuk memahami segala ilmuMu."

Semester 2 ni, first time aku involve dalam aktiviti-aktiviti dalam UIA ni. Few weeks ago, aku jadi subcom untuk Opening Rafest. Ingatkan dekat PJ je, tapi kena dekat Nilai sekali. Tapi tak kesah pun dapat pergi Nilai. ^_^
Masa Closing Rafest, kami dapat bersama kumpulan Saujana. Diorang sedang promosi latest album, Nota Cinta. Nice songs there. So, pakat-pakat beli lah ye!


Opening Rafest dapat jadi Well Managed Event. Wah2, bangga sungguh PM ye...haha
Thanks juga kepada semua yang terlibat untuk opening. Tahniah kepada anda!





cantik tak stage kami hias??hehe...untuk opening(3rd pic)..women made..closing(last pic)..men made..:)

Lepas ni, untuk CAC Week plak. Jadi com untuk opening gak. Asyik-asyik opening. Pening aku dibuatnya. And lagi sekali maybe untuk Prep & Tech gak. Adehh...
Tapi rasa happy gak dapat buat benda nih, rasa macam ada kesinambungan dari sekolah lama dulu. They train me to be more creative. :)

Persatuan Seni Silat Cekak UIAM
Untuk pengetahuan korang, aku masuk silat nih and recently baru je dapat 6 buah. Not bad gak lah, enjoy. And aku sama group dengan Nurul Nazirah,my exschoolmate. Sebenarnya, memang ada satu group je untuk buah asas. Firstly memang rasa best. Tapi bila kena certain buah, mulalah rasa sakit sana-sini...hehe
Overall, best!!!

Result mid semester exam yang dah dapat, overall lulus. Alhamdulillah. Cuma still rasa tak selamat lagi untuk subjek Chemistry. Markah untuk mid sem pun alang-alang menyeluk pekasam, lepas. Same with Maths 2. Hope dapat buat better lepas nih, i mean untuk final. InsyaAllah. Physics setakat ni, alhamdulillah boleh bawa.
Untuk final, target nak dapat 3.0 above. Dengan harapan nak maintain pointer memandangkan semester 1 punya, alhamdulillah not so bad.

**********************************************

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza,tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Kerja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Moral: Jangan dok berangan nak beristeri kalo masih xckup syarat n pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi..huhu..

>>Excerpt from ili.com

**********************************************

Ok lah. Sekadar nak update info pasal aku. Enjoy the article above.
Wassalam. :)