Sekilas bersama...

Assalamualaikum

Dekat sebulan aku tak update blog. Nak kata bersawang, takde pun. Semenjak dua menjak, semngat untuk berblogging pun macam dah makin surut. Sekarang aku lebih suka baca post blog-blog yang aku follow. Dan masuk semester kedua makin sibuk lah plak. Hujung bulan Januari bermulalah final exam bagi students foundasi IIUM. Aku pun tak ready lagi. Mana taknya, asyik sibuk online Facebook je. Haishh, buku pun entah ke mana. Dan masa aku study dalam semester kedua ni, lagi teruk rasanya compared dengan semester 1.

"Ya Allah, kau kuatkanlah semangat aku untuk menuntut ilmu. Kau terangilah hati aku supaya aku lebih mudah untuk memahami segala ilmuMu."

Semester 2 ni, first time aku involve dalam aktiviti-aktiviti dalam UIA ni. Few weeks ago, aku jadi subcom untuk Opening Rafest. Ingatkan dekat PJ je, tapi kena dekat Nilai sekali. Tapi tak kesah pun dapat pergi Nilai. ^_^
Masa Closing Rafest, kami dapat bersama kumpulan Saujana. Diorang sedang promosi latest album, Nota Cinta. Nice songs there. So, pakat-pakat beli lah ye!


Opening Rafest dapat jadi Well Managed Event. Wah2, bangga sungguh PM ye...haha
Thanks juga kepada semua yang terlibat untuk opening. Tahniah kepada anda!





cantik tak stage kami hias??hehe...untuk opening(3rd pic)..women made..closing(last pic)..men made..:)

Lepas ni, untuk CAC Week plak. Jadi com untuk opening gak. Asyik-asyik opening. Pening aku dibuatnya. And lagi sekali maybe untuk Prep & Tech gak. Adehh...
Tapi rasa happy gak dapat buat benda nih, rasa macam ada kesinambungan dari sekolah lama dulu. They train me to be more creative. :)

Persatuan Seni Silat Cekak UIAM
Untuk pengetahuan korang, aku masuk silat nih and recently baru je dapat 6 buah. Not bad gak lah, enjoy. And aku sama group dengan Nurul Nazirah,my exschoolmate. Sebenarnya, memang ada satu group je untuk buah asas. Firstly memang rasa best. Tapi bila kena certain buah, mulalah rasa sakit sana-sini...hehe
Overall, best!!!

Result mid semester exam yang dah dapat, overall lulus. Alhamdulillah. Cuma still rasa tak selamat lagi untuk subjek Chemistry. Markah untuk mid sem pun alang-alang menyeluk pekasam, lepas. Same with Maths 2. Hope dapat buat better lepas nih, i mean untuk final. InsyaAllah. Physics setakat ni, alhamdulillah boleh bawa.
Untuk final, target nak dapat 3.0 above. Dengan harapan nak maintain pointer memandangkan semester 1 punya, alhamdulillah not so bad.

**********************************************

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza,tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Kerja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Moral: Jangan dok berangan nak beristeri kalo masih xckup syarat n pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi..huhu..

>>Excerpt from ili.com

**********************************************

Ok lah. Sekadar nak update info pasal aku. Enjoy the article above.
Wassalam. :)

7 coretan ikhlas oleh kamu:

Intisar said...

hehehee... citer yg best. ingat, jgn jd cam2 lak... pe pon fokus study lue... hihihi. jgn nak mengatai awal ek... blaja2... huhu.

fadhli said...

xde mnde laen ko nk komen kn..
blasa kang...haha..
stdy always first...hehe..:)

ieraros said...

eh2!! my name!my name! hehe..

fadhli said...

haha...skenye die...

-li.zue- said...

ehehee.
ak prasan ada satu statement gumbira oleh org tu. xD

ahahaha.so,dah ckup syarat ke nk kawen?

sengal ko.gelak2 ak baca cerita tu.

fadhli said...

mane?mane statement tuh?hehe..:)
sape ckp nk kawen??xde punnn...memandai je.....

..aei.. said...

slm..emm...cte yg sgt2 bes..klakar rr...thniah coz ley way aei senyom manjang ble bce cte neh....

emm..one more thing...fadhli dak psscm??b4 psscm pj de wat program kn...join x??n b4 pj wat prog, nilai pon de wat prog gak...kt sungai congkak.....bes sgt...rugi fadhli xjoin...try to ask raf....kn die pgi program tu...ngan abg aidil n another 2 sisters...=)