Tajukless



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang





Di kala malam yang sunyi...tika matahari sedang bersembunyi di sebalik hemisfera barat...
hanya beberapa jam sahaja bakal menjengahkan dirinya ke hemisfera timur...
aku sedang duduk keseorangan di dalam bilik...sambil bermuhasabah diri...
adakah diri ini sudah cukup sempurna untuk menerima apa yang lebih baik berbanding diri ini yang jahil lagi hina...

Kita semua pernah buat dosa...semua orang tak sempurna..semua orang pernah melakukan kesalahan..namun pernahkah kita insaf dengan segala perilaku kita? Terutamanya diriku...
Diri ini taklah sesempurna Nabi Muhammad...baginda sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Ilahi meskipun Allah telah memelihara baginda daripada dosa ataupun ma'sum iaitu terpelihara daripada maksiat...tetapi kita malas untuk beristighfar walaupun setelah melakukan banyak kesalahan...kita SOMBONG!

Macam mana nak berubah kalau benda simple macam ni pun susah nak elak... Ya Allah, Kau bantulah kami untuk tidak melakukannya lagi dan lagi...
Even kita sudah tahu segala akibat dan azab yang bakal kita terima...namun kita masih buat segala dosa tersebut...tidakkah BODOH diri kita? Sudah tahu segala akibatnya tapi masih teruskan dengan kesilapan itu... Tiada siapa lagi yang dapat membantu kita melainkan diri kita sendiri...ibarat kita sudah tahu meninggalkan solat itu akan dikenakan azab yang pedih di neraka kelak...tapi kita masih sibuk dengan urusan duniawi dan mengejar segala kekayaan yang terdapat di dunia ini tanpa menunaikan kewajipan yang hanya memerlukan 5 minit sahaja?Tidakkah itu suatu perkara yang BODOH? Ingatlah sahabat...dunia tidak akan membawa kita kemana-mana...tetapi jika kita mengamil akhirat sebagai panduan hidup kita...insyaAllah..kita akan berjaya di kedua-dua tempat.

"Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubahnya sendiri"

Hayati frasa ayat ini...Allah takkan beri kita segala benda dengan percuma...kita perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu... Ingat Allah nak tolong kita dengan mudah...setelah segala nikmat yang Dia kurniakan kepada kita tapi kita masih tidak bersyukur malah sering menyalah gunakan segala nikmat yang dikurniakan...

Antara nikmat yang sering kita lupa nikmat masa lapang dan nikmat ketika kita sihat...
Ya, kita punya banyak masa lapang...tapi apa yang kita buat dengan untuk memenuhi masa tersebut? Kita penuhkan dengan segala macam benda yang melalaikan kita daripada mengingatiNya...
Ya, sihat merupakan semua manusia mahukan...tak mahu sakit...tapi apa yang kita buat ketika kita sihat? Penuhkan dengan segala benda yang mendorong kita ke arah maksiat... Apabila sakit sedikit mulalah merungut...ini tidak boleh buat..itu tidak boleh buat...macam-macam alasan... Inilah realiti umat zaman sekarang...
Ini lah sebab mengapa bumi kita sekarang dilimpahkan dengan perlbagai musibah dan ujian...bukan dengan nikmat...

Cuba kita bayangkan...jika kita sering tolong kawan kita, tapi segala jasa kita dilupakan begitu saja...apa orang dahulu kata...diberi susu dibalas dengan tuba...mustahil kita akan tolong dia lagi... Sama saja dengan konsep kita dengan Allah...Allah akan tolong umatNya yang sering melakukan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya.

Kita hendaklah menjaga dua hubungan ketika di duia ini...iaitu hubungan antara kita dengan Allah...
dan yang kedua hubungan antara manusia. Hubungan antara kita dengan Allah adalah yang paling penting...Jika hubungan kita dengan Allah pun tidak kukuh...macam manalah hidup kita...terjamin? Wallahua'lam...fikir-fikirkan...
Manakala hubungan kita dengan manusia yang lain sama sahaja konsep kejiranan yang kita amalkan selama ini. Mudah sangat untuk dilakukan...namun apa yang kita perlukan ialah komitmen dan istiqamah dalam melakukan segala perkara tersebut.

Perkara yang paling susah kita lakukan adalah istiqamah. Ada yang tidak bersetuju? Ya...terdapat sahabat-sahabat kita yang masih kekal di dalam jalan dakwah. Alhamdulillah...tapi sahabat-sahabat kita yang lain? Mungkin mereka punya cara mereka tersendiri...syukur jika masih tersemat niat untuk menegakkan agama Allah ini di dalam hati masing-masing.

Seorang hamba Allah pernah bertanya kepada Rasulullah apakah itu Islam? Maka Rasulullah menjawab: Berkatalah bahawa kamu beriman kepada Allah dan beristiqamahlah...

Ini menunjukkan kita perlu sentiasa beristiqamah dengan segala perintah yang telah ditetapkan bagi setiap umat Islam. Namun susah untuk kita untuk jumpa mereka yang masih beristiqamah denga syari'at Islam. Bursyukurlah jika terdapat antara golongan itu dalam masyarakat kita... Sekurang-kurangnya dia boleh membimbing kita ke arah kebenaran di sebalik kemungkaran yang sering kita lakukan...Astaghfirullah...

Renungkan sahabatku...
Sesungguhnya diri ini masih jahil dan memerlukan banyak bimbingan daripada anda...jika terdapat salah silap harap dimaafi...

Ya Allah, Kau berikanlah kefahaman kepada aku terhadap agamaMu ini Ya Allah...
Hanya Kau yang berkuasa terhadap hambaMu...sesungguhnya diri ini tidak berdaya untuk melakukan segalanya seorang diri...aku tahu diri ini lemah..tidak berdaya melainkan dengan bantuanMu Ya Allah...aduhhh...kecil sungguh diri ini...lemah...jahil...berikanlah aku semangat Ya Allah...

Wassalam...

p/s:post ini telah di edit setelah mendapat teguran daripada seorang sahabat... Syukran diucapkan...

happy?

Assalamualaikum
lame sudah aku tak menjenguk ke laman blog aku nih...
tengok kat dashboard...asyik2 orang yang same je yang update blog...
huh..jeles je..huhu

skang nih..dalam hidup aku..sume berjalan ngan lancar..alhamdulillah..
and now kat uia..kitorang sedang menghadapi exam mid semester 2...
seriously rase sekejap je..macam baru belajar 2-3 topik..da masuk exam..huhu
tapi...sejak dua menjak nih..aku memang perasan mase(time) skang berlalu dengan pantas...
kalo macam dulu..asyik pike bile la nak habis belajar nih...but skang..
laen pulak dah..sekejap nye dah habis belajar...huhu

overall untuk exam...english..ok la kot..even ade word2 yang memeningkan kepala aku...
chemistry..baru je buat kol 2 petang tadi...huhu
ok gak kot...alhamdulillah la setakat nih sume subjek boleh buat...
kalo nak compared kan time kat skolah dulu...aku lebih faham kimia kat uia nih...
betullah orang kate..kalo nak berjaya tuh kene usaha..
kalo malas..jangan haraplah..
~~sorry~~
bende yang kite nak takkan datang macam tuh je..
perlu usaha kalo nak dapatakn sesuatu...
aku taw kat kisas dulu aku malas...so amek sebagai pengajaran..

semalam aku pegi PC Fair...fuhhh~~memang ramai...
tapi bak kate kawan aku...this pc fair..not so grand as the last one..huhu
tapi ade ke aku kesah kan sume tuh??hehe..tak2..
tak banyak sangat belanja semalam..tak sampai RM200 pun..huhu
ingat nak beli external 500gb..tapi pike2 balik...istikharah jap..
then tak jadi beli..save rm300..huhuhu
pegi pc fair nih..memang macam2 dugaan..tergoda iman dan nafsu...heh.
open sane..open sini..memang segalanya open2 belaka lahh..haha
pandai2 jage diri la ea...huhu..

*****************************************************************



Kadang-kadang orang lain tidak tahu apa yang kita rasa...
kita yang merasa pahit manis perasaan yang muncul dalam diri...
kita terpaksa senyum apabila berhadapan dengan orang lain...
terpaksa berpura-pura gembira...
terpaksa menghipokritkan diri...
even hati kita tengah sakit...hanya Allah saja yang tahu..
biar dalam sakit...janji orang lain senang hati..

kita tak boleh buat andaian..apa yang kita rasa sama dengan orang lain...
hati orang lain-lain...kita tak tahu sama ada dia sedang gembira atau sedih...
selidik dulu...perbuatan kita yang kurang adab akan menyinggung hati sahabat kita...

yup..pelbagai orang..so akan muncul pelbagai pendapat...
some says..kita perlu pentingkan diri kita..ourself first...then..others......
but others say... kawan lebih penting...



"tidak sempurna iman seseorang itu apabila die tidak mengasihi sahabatnya sama seperti dia mengasihi dirinya sendiri"-riwayat Bukhari & Muslim.

mana yang patut kita rasa betul..kata hati atau kata Rasulullah SAW...
orang dulu-dulu kata..ikut hati mati...ikut rasa binasa...
ikut Nabi??insyaAllah dan pasti akan terpelihara...
ternyata..hidup ini penuh dengan penuh dugaan dan onak duri...
namun pada si Dia lah tempat untuk kita mengadu segala masalah...
tempat untuk kita meminta..hanya Dia penenang hati...

"hanya dengan mengingati Allah hati kita akan tenang..."





bukan kepada si dia..si dia tak mampu untuk menyelesaikan semua masalah kita...
tapi ada yang kata..si dia adalah peneman tika susah dan senang...
bagaimana pula dengan si Dia???
fikir-fikirkan...

~~~absence makes the heart grow fonder~~~