Hanya Tinggal Sejarah

Kini cuti semester UIA da nak abes...pejam celik dah nak abes..
rase macam sekejap je..yela..maklumlah..dunia pun dah nak akhir zaman..
masa pun makin cepat..dulu kalau sehari rase macam lame giler..tapi skang..fuuh~~
duduk rumah pun macam menghabiskan beras je..haha
yela..exam dah abes..untuk sem depan pun tak study..enjoy relax memanjang..
buku fizik yang aku bawak balik??hmm..ade la selak sket2..tu pun..urgh~~haha

Sem 1 memang bagi banyak kenangan manis kat aku..
dapat banyak kawan baru..lecturer pun best2..harap2 sem depan dapat lecturer best2..
and harap2 gak kuliah2 next sem tak menensenkan aku..kalau macam sem 1..memang enjoy!!
roomate pun best..first time memang agak kekok..tapi lame2 best..sume satu kepala..sengal2..haha

SYABAB -- hari first daftar da pinjam aku nye laptop nak bukak onemanga..sengal giler..aku dalam hati..pergh mamat nih..haha..die ni tak abes2 kene marah ngan aku..haha..meja asyik sepah je..haha..sori syabab..keh3..subcom fscc yang asyik sibuk memanjang..haishh..study penting syabab!!
SYAHMI-dak sbpi gopeng..muka memang nampak nerd..haha..memang hebat lah dalam bab it nih..cume tak hebat sangat lagi..die nih satu kepala ngan aku..haha..best2..laen kali kite buat lagi pemberita berkepala tiga..haha..n antara yang paling busy dalam bilik aku..study penting syahmi!!
HAFIZI-dak sbpi gopeng gak..haishh..camne lah diorang leh dapat satu bilik..merayu kot nak satu bilik..haha..hafizi ngan syahmi nih memang bespren dari sbpi gopeng..asyik dok musyawarah di tengah2 malam yang mana waktu memang best giler untuk tido..die nih giler online..haha..kalo online skali terus sampai 5pagi..memang salute ah..haha..dua orang nih memang giler ngan nasyid..aku pun dok terpengaruh..haha

hari nih baru keluar result untuk final exam..
memang aku dok menunggu je depan laptop sejak pukul 4 setengah tadi..haha
tak sabar btol..keh3..lepas je pukul 5..straight aku check..haha..3 kali baru boleh..
and the result was....not so bad laa...alhamdulillah..
lega lepas target..huhu..yela..dah la amek 3 subjek je untuk sem 1..
kalo dapat bawah 3.0..segan giler r..

The Result :

Mathematics 1 -- 14.68 --maintain gred..alhamdulillah..
Basic Themes of Al-Quran -- 11.01 -- lecturer baik hati..huhu
English IV -- 9.99 --no komen..tak sampai target..babai ept~~~

aku bagi gred point je..hehe..and aku tak taw ape gune gred point nih...
camne die kire pointer ea???
mane2 senior gombak tuh..taw tak??habaq mai sket..huhu

sem depan agak menakutkan bagi aku..banyak giler core course..duhh~~
physics..chemistry..maths 2..tengok roomate aku yang amek fizik ngan kimia pun macam nak nanges je..haha..time aku lak sem depan..uhuhu..yang tinggal beberapa hari je lagi..
nak balik uia..bosan seyh duk rumah...


Kepada roomate aku..yang mane berjaya tuh..tahniah dan tingkatkan usaha..
jangan nak duk online and maen game je..haha..termasuk aku r tu..keh3
yang mane result yang agak kurang tuh..jangan sedih..jangan putus asa..
gagal sekali tak bermaksud gagal selamanya..
next sem kite study same2 oke??!!hehe
biar sem 2 lak result kite gempak..huhu

tahniah juge kepada 'orang' tuh sebab dapat result yang cukup best..huhu
CONGRATULATIONS!!!




Sebab2 Di Haramkan Bercouple



( Diambil dari kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)

Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan( couple) atau seumpamanya adalah harus. (cambest je untuk di 'try')
Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. Antaranya :

PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA

Sesebuah perhubungan ˜istimewa" antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin.
Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.

KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA

Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber"dating" , ber"shoping" dan
sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat "membonceng".
Tidak kurang juga (tanpa segan silu)
menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap "caring" seperti memanggil darling
kepada pasangannya.
Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya.
Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan.
Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram .
Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram.

KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA

Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan
dipersoalkan.
Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si
perempuan.
Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan
dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan
menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki.
Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut.
Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan.
Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang
wanita.
Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita.
Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan.
Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.

KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR

Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN,
JPA,MARA , yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya.
Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya.
Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control.
Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali dalam seminggu.
Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu.
Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian.
Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian.
Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak.
Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)

KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA

Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak
bermanfaat.

Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah.

Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama.

Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan
diperbicarakan di hadapan Allah.

Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas.
Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi.
Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah.

--- credit to Amirul Fikri for posting this info in his facebook ---