Tajukless



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang





Di kala malam yang sunyi...tika matahari sedang bersembunyi di sebalik hemisfera barat...
hanya beberapa jam sahaja bakal menjengahkan dirinya ke hemisfera timur...
aku sedang duduk keseorangan di dalam bilik...sambil bermuhasabah diri...
adakah diri ini sudah cukup sempurna untuk menerima apa yang lebih baik berbanding diri ini yang jahil lagi hina...

Kita semua pernah buat dosa...semua orang tak sempurna..semua orang pernah melakukan kesalahan..namun pernahkah kita insaf dengan segala perilaku kita? Terutamanya diriku...
Diri ini taklah sesempurna Nabi Muhammad...baginda sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Ilahi meskipun Allah telah memelihara baginda daripada dosa ataupun ma'sum iaitu terpelihara daripada maksiat...tetapi kita malas untuk beristighfar walaupun setelah melakukan banyak kesalahan...kita SOMBONG!

Macam mana nak berubah kalau benda simple macam ni pun susah nak elak... Ya Allah, Kau bantulah kami untuk tidak melakukannya lagi dan lagi...
Even kita sudah tahu segala akibat dan azab yang bakal kita terima...namun kita masih buat segala dosa tersebut...tidakkah BODOH diri kita? Sudah tahu segala akibatnya tapi masih teruskan dengan kesilapan itu... Tiada siapa lagi yang dapat membantu kita melainkan diri kita sendiri...ibarat kita sudah tahu meninggalkan solat itu akan dikenakan azab yang pedih di neraka kelak...tapi kita masih sibuk dengan urusan duniawi dan mengejar segala kekayaan yang terdapat di dunia ini tanpa menunaikan kewajipan yang hanya memerlukan 5 minit sahaja?Tidakkah itu suatu perkara yang BODOH? Ingatlah sahabat...dunia tidak akan membawa kita kemana-mana...tetapi jika kita mengamil akhirat sebagai panduan hidup kita...insyaAllah..kita akan berjaya di kedua-dua tempat.

"Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubahnya sendiri"

Hayati frasa ayat ini...Allah takkan beri kita segala benda dengan percuma...kita perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu... Ingat Allah nak tolong kita dengan mudah...setelah segala nikmat yang Dia kurniakan kepada kita tapi kita masih tidak bersyukur malah sering menyalah gunakan segala nikmat yang dikurniakan...

Antara nikmat yang sering kita lupa nikmat masa lapang dan nikmat ketika kita sihat...
Ya, kita punya banyak masa lapang...tapi apa yang kita buat dengan untuk memenuhi masa tersebut? Kita penuhkan dengan segala macam benda yang melalaikan kita daripada mengingatiNya...
Ya, sihat merupakan semua manusia mahukan...tak mahu sakit...tapi apa yang kita buat ketika kita sihat? Penuhkan dengan segala benda yang mendorong kita ke arah maksiat... Apabila sakit sedikit mulalah merungut...ini tidak boleh buat..itu tidak boleh buat...macam-macam alasan... Inilah realiti umat zaman sekarang...
Ini lah sebab mengapa bumi kita sekarang dilimpahkan dengan perlbagai musibah dan ujian...bukan dengan nikmat...

Cuba kita bayangkan...jika kita sering tolong kawan kita, tapi segala jasa kita dilupakan begitu saja...apa orang dahulu kata...diberi susu dibalas dengan tuba...mustahil kita akan tolong dia lagi... Sama saja dengan konsep kita dengan Allah...Allah akan tolong umatNya yang sering melakukan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya.

Kita hendaklah menjaga dua hubungan ketika di duia ini...iaitu hubungan antara kita dengan Allah...
dan yang kedua hubungan antara manusia. Hubungan antara kita dengan Allah adalah yang paling penting...Jika hubungan kita dengan Allah pun tidak kukuh...macam manalah hidup kita...terjamin? Wallahua'lam...fikir-fikirkan...
Manakala hubungan kita dengan manusia yang lain sama sahaja konsep kejiranan yang kita amalkan selama ini. Mudah sangat untuk dilakukan...namun apa yang kita perlukan ialah komitmen dan istiqamah dalam melakukan segala perkara tersebut.

Perkara yang paling susah kita lakukan adalah istiqamah. Ada yang tidak bersetuju? Ya...terdapat sahabat-sahabat kita yang masih kekal di dalam jalan dakwah. Alhamdulillah...tapi sahabat-sahabat kita yang lain? Mungkin mereka punya cara mereka tersendiri...syukur jika masih tersemat niat untuk menegakkan agama Allah ini di dalam hati masing-masing.

Seorang hamba Allah pernah bertanya kepada Rasulullah apakah itu Islam? Maka Rasulullah menjawab: Berkatalah bahawa kamu beriman kepada Allah dan beristiqamahlah...

Ini menunjukkan kita perlu sentiasa beristiqamah dengan segala perintah yang telah ditetapkan bagi setiap umat Islam. Namun susah untuk kita untuk jumpa mereka yang masih beristiqamah denga syari'at Islam. Bursyukurlah jika terdapat antara golongan itu dalam masyarakat kita... Sekurang-kurangnya dia boleh membimbing kita ke arah kebenaran di sebalik kemungkaran yang sering kita lakukan...Astaghfirullah...

Renungkan sahabatku...
Sesungguhnya diri ini masih jahil dan memerlukan banyak bimbingan daripada anda...jika terdapat salah silap harap dimaafi...

Ya Allah, Kau berikanlah kefahaman kepada aku terhadap agamaMu ini Ya Allah...
Hanya Kau yang berkuasa terhadap hambaMu...sesungguhnya diri ini tidak berdaya untuk melakukan segalanya seorang diri...aku tahu diri ini lemah..tidak berdaya melainkan dengan bantuanMu Ya Allah...aduhhh...kecil sungguh diri ini...lemah...jahil...berikanlah aku semangat Ya Allah...

Wassalam...

p/s:post ini telah di edit setelah mendapat teguran daripada seorang sahabat... Syukran diucapkan...

2 coretan ikhlas oleh kamu:

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!

fadhli said...

thanks for your compliment, but now i don't have much time keep update my blog. I also hope i can post better article and keep it update.